Kari Kacang Kuda & Ayam

Kategori: Timur Tengah, Masakan Arab
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kari Kacang Kuda & Ayam?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 1 cawan kacang kuda (Direndam selama 7-8 jam) 
  • ½ ekor ayam (Dipotong kecil) 
  • 3 tangkai daun kari 
  • 1 labu bawang besar (Ditumbuk)
  • 5 ulas bawang putih (Ditumbuk)
  • 1 inci halia  (Ditumbuk)
  • 3 sudu makan rempah kari 
  • 1 sudu makan cili kisar 
  • 4 biji tomato 
  • 1 cawan air 
    (Tomato dikisar kasar bersama air)
  • 2 keping asam gelugur 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)
  • 2 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 8 kuntum bunga cengkih 
  • 3 biji buah pelaga

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebuskan kacang kuda dengan sedikit garam sehingga lembut. Tuskan. 
  2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bahan B, daun kari, dan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi. 
  3. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Kacau rata sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan ayam dan kacang kuda. Masakkan sehingga ayam dan kacang sebati. 
  5. Masukkan tomato yang dikisar, asam gelugur, dan garam. Kacau rata. 
  6. Perlahankan api dan masak sehingga pecah minyak. 
  7. Sedia dihidangkan.

Leave a comment