Kari Ikan Portugis

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Kari Ikan Portugis?


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 2 keping ikan tenggiri 
  • 1 cawan santan cair 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 1 batang serai (Diketuk) 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 3 biji cili hijau (Dibelah 2) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Tumisan)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 3 tangkai daun kari 
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan 
  • 3 sudu makan cili kisar 
  • ½ sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 sudu teh jintan manis 
  • 1 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan B sehingga wangi dan pecah minyak. 
  2. Masukkan santan, asam gelugur, serai, dan garam. Biarkan mendidih. 
  3. Masukkan ikan dan masakkan sehingga pecah minyak. 
  4. Masukkan tomato dan cili hijau. 
  5. Padam api dan hidangkan

Leave a comment