Fritata Putih Telur

Kategori: Resipi Ringkas, Resipi Bujang
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Fritata Putih Telur?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 6 biji putih telur 
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam 
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu) 
  • 6 kacang pis (Dipotong kecil) 
  • ½ batang lobak merah (Diparut) 
  • 3 biji cili merah (Dihiris) 
  • 100 g kubis (Diracik) 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk 
    adunan. Kemudian kacau rata. 
  2. Panaskan minyak di dalam kuali non-stick dan masukkan adunan 
    yang sudah digaul rata. Tutupkan kuali dengan penutupnya. 
  3. Masakkan dengan api yang kecil sehingga masak dan terbalikkan 
    perlahan-lahan. 
  4. Sedia dihidangkan dengan salad.

Leave a comment