Fajita Frittata

Kategori: Barat
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Fajita frittata (telur dadar gaya Sepanyol). Telur ni saya makan dengan Spanish Rice tu. Kalau nak makan telur saje sebagai sarapan pon boleh..sesiapa yang suka keju, boleh cuba ni.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 sudu besar mentega/minyak zaitun
  • 1/2 cawan cili benggala-hiris/dadu kecil
  • 1/2 cawan bawang besar-hiris nipis
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1/4 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 cawan tomato-dadu kecil
  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan air
  • 1 biji tomato-hiris besar
  • 2 sudu besar parutan keju mozarela

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali yang tidak melekat atas api sederhana. Masukkan cili benggala, bawang, serbuk cili dan jintan putih. Kacau 3-4 minit, masukkan tomato dadu. Tutup api.
  2. Dalam mangkuk, pukul telur dan air. Panaskan semula kuali tadi bersama bahan-bahan yang dimasak tadi. Curahkan telur ke atas bahan tadi. Biar masak lebih kurang 6-8 minit. Letakkan tomato hiris bersama keju di atasnya. Angkat.
  3. *Telur ni juga boleh dimakan bersama tortilla dan letak sos kesukaan anda.

Leave a comment