
Kalau nak cuba cara masak kari ikan yang sedap, pekat dan berempah macam di kedai makan, sebenarnya ada teknik mudah perlu dilakukan. Kari ikan memang antara menu paling popular, tapi tak semua orang dapat hasil kuah yang betul-betul menjadi. Ada yang cair, ada yang kurang rasa dan ada juga yang tak naik minyak dengan cantik.
Sebenarnya, rahsia utama untuk dapatkan kari ikan yang padu terletak pada cara memasak dan susunan bahan. Salah satu teknik yang ramai guna iaitu memasukkan santan lebih awal ketika menumis rempah. Cara ini membantu kuah lebih sebati, berlemak dan mudah pecah minyak dengan cantik.
Jadi kalau selama ini kari ikan anda kurang menjadi, boleh cuba teknik ini pula. Hasilnya bukan saja lebih pekat, tapi rasa rempah pun lebih ‘naik’. Sesuai sangat untuk yang baru nak belajar masak atau yang nak ‘upgrade’ rasa kari jadi lagi padu!
Baca juga: Resipi Ikan Siakap Goreng Rangup Bersalut Kuah Pekat, Sedapnya Memang Lain Dari Biasa!
CARA MASAK KARI IKAN ‘ANTI-GAGAL’
Bahan-bahan:
- Minyak masak
- Bawang putih (ditumbuk)
- Bawang merah (ditumbuk)
- Balia (ditumbuk)
- Daun kari
- Halba campur
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan serbuk cili
- Sedikit air (untuk bancuhan rempah)
- Santan secukupnya
- Air secukupnya
- 1 ekor ikan (dipotong)
- Sayur bendi
- Tomato (dipotong)
- Asam jawa
- Garam secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari dan halba campur sehingga naik bau harum.
- Bancuh serbuk kari dan serbuk cili dengan sedikit air hingga menjadi pes. Tuang ke dalam kuali dan masak sehingga pecah minyak (ulang sehingga nampak minyak timbul di permukaan).
- Masukkan santan lebih awal ke dalam tumisan rempah tadi. Teruskan memasak sehingga kuah kembali pecah minyak. Ini rahsia untuk kuah kari lebih pekat dan berempah.
- Tambahkan air secukupnya, kemudian masukkan ikan. Masak dengan api sederhana dan elakkan mengacau terlalu kuat supaya isi ikan tidak hancur.
- Masukkan bendi dan tomato. Biarkan mereneh seketika.
- Tambahkan sedikit asam jawa dan perasakan dengan garam mengikut selera.
- Masak sehingga kuah sedikit pekat dan naik minyak di permukaan. Siap!
Sumber: Thread @ps.tehaa
Baca juga: Resipi Sambal Tumis Ikan Masin Yang Buat Selera Terus Bangkit, Lauk Ringkas Tapi Padu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














