nasi goreng tanpa perencah

Nasi Goreng boleh dimakan pada bila-bila masa, tak kira sarapan, tengah hari atau malam. Kali ini, kami akan kongsikan cara buat Nasi Goreng tanpa perencah segera.

Biasanya, orang akan guna perencah segera untuk buat nasi goreng. Walaupun tiada perencah segera, anda masih boleh buat Nasi Goreng yang sedap di rumah.

Har Ryea telah kongsikan resipi Nasi Goreng tanpa perencah segera di Facebook. Apa yang kami boleh katakan, hanya orang legend saja tahu betapa sedapnya hidangan ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Nasi Goreng Kampung Simple Stail Orang Dulu-Dulu, Tumbuk 4 Bahan Saja Dah Siap!

RESIPI NASI GORENG TANPA PERENCAH SEGERA

nasi goreng tanpa perencah

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, tumbuk saja bawang merah, bawang putih, cili kering yang telah direbus dan tambah ikan bilis.

2. Selepas itu, tumis bahan tumbuk tadi sampai garing.

nasi goreng tanpa perencah

3. Kemudian, masukkan garam dan ajinomoto.

4. Seterusnya, pecahkan telur dan ratakan perlahan-lahan.

5. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul rata sampai berwap sedikit. Siap untuk dihidang!

Bagi memudahkan ia digoreng, anda perlu gunakan nasi yang sejuk dari semalam. Jadi, ia tak mudah melekat dan teksturnya lebih baik.

Jika suka, anda boleh tambahkan ayam, udang atau daging. Selain itu, telur dadar, timun atau tomato juga boleh menjadi pelengkap yang sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Har Ryea

Baca juga: Rahsia Nasi Goreng Telur Campak-Campak Jadi Sedap, Masukkan Bahan ‘Ini’

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN