resepi cucur jejari ketam

Dari cucur bawang, cucur udang sampai cucur jagung, semuanya ada peminat tersendiri. Tapi kali ini, kami nak ajak anda cuba sesuatu yang luar biasa iaitu resepi Cucur Jejari Ketam.

Resepi Cucur Jejari Ketam dikongsikan oleh Latifah Hassan di Facebook dengan cara yang sangat ringkas dan tak perlukan masa terlalu lama. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Cucur Manis 5 Bahan, Guna Trik Ini Hasil Bulat Elok & Rangup!

RESEPI CUCUR JEJARI KETAM

resepi cucur jejari ketam

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan tepung gandum, tepung ikan bilis, bawang, kucai, cili dan jejari ketam dalam mangkuk besar.

2. Selepas itu, tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil kacau.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan sudukan adunan ke dalam minyak panas.

4. Akhir sekali, goreng sampai keemasan, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Cucur ini mempunyai gabungan rasa manis daripada jejari ketam, pedas-pedas cili dan wangi kucai yang membuatkan selera terangkat apabila digoreng panas-panas.

Sebenarnya, air sejuk membantu Cucur Jejari Ketam ini jadi lebih rangup di luar. Jika suka rasa lebih pedas, boleh tambahkan hirisan cili api dalam adunan.

Selamat mencuba!

Sumber: Latifah Hassan

Baca juga: Cucur Udang Rangup di Luar & Lembut Gebu Di Dalam, Lengkap Dengan Kuah Kacang Pekat Berlemak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN