sup kicap pahang

Kalau anda penggemar masakan daging berkuah, sup kicap Pahang memang antara hidangan yang wajib dicuba. Menu tradisi yang cukup popular di negeri Pahang ini terkenal dengan kuahnya yang pekat, berempah dan diperkaya dengan rasa manis kicap yang membuatkan ramai tidak cukup sepinggan nasi.

Menariknya, hidangan yang turut dikenali sebagai Suit Kari Kicap ini menggunakan gabungan rempah kari, serbuk cili dan asam keping yang direneh lama bersama daging sehingga lembut. Hasilnya memang padu, lebih-lebih lagi apabila dimakan panas-panas bersama nasi putih.

Baca juga: Tuanku Permaisuri Pahang Kongsi Resipi Singgang Ikan Bilis, Lauk Simple Tapi Buat Ramai Kecur Air Liur

RESIPI SUP KICAP PAHANG

sup kicap pahang

Bahan A (Kisar):

  • 7 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan B (Tumis):

  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis

Bahan-Bahan Lain:

  • 15g rempah kari daging
  • 15g serbuk cili
  • 1 sudu teh garam
  • ½ cawan air kosong
  • 1kg daging atau tulang lembu
  • 150g kicap manis
  • 800ml air kosong
  • 2 keping asam keping

Bahan Hiasan:

Cara-Cara Penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang serta kulit kayu manis sehingga naik bau.

2. Masukkan bahan B yang dihiris dan tumis sehingga layu serta keperangan.

3. Tambahkan bahan A yang telah dikisar, kemudian tumis sehingga benar-benar garing dan pecah minyak.

4. Masukkan rempah kari daging, serbuk cili dan garam. Kacau rata.

5. Tuangkan ½ cawan air kosong dan masak seketika sehingga rempah sebati.

6. Masukkan daging atau tulang lembu, kemudian gaul sehingga semua bahan bersalut rempah.

7. Tuangkan kicap manis, 800ml air kosong dan masukkan asam keping.

8. Reneh menggunakan api perlahan selama 2 hingga 3 jam atau sehingga daging menjadi lembut.

9. Setelah daging empuk dan kuah mencapai kepekatan yang diinginkan, tutup api.

10. Taburkan daun sup dan daun bawang sebelum dihidangkan.

Tips Sup Kicap Pahang Lebih Sedap

  • Gunakan tulang lembu atau bahagian daging yang mempunyai sedikit lemak untuk kuah yang lebih berperisa.
  • Pastikan bahan kisar ditumis sehingga pecah minyak supaya rasa rempah lebih naik.
  • Reneh dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan daging yang lembut dan kuah yang lebih pekat.
  • Jika suka rasa pedas, boleh tambah sedikit serbuk cili mengikut citarasa.
  • Hidangkan bersama nasi putih panas untuk menikmati rasa asli sup kicap Pahang yang sebenar.

Selamat mencuba!

Sumber: shaadrahman_

Baca juga: Singgang Ayam Kelantan Ini Memang Lain Macam, Patutlah Ramai Kata Sedap Bertambah Nasi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN