Bawal Stim Ala Thai

Kategori: Nusantara, Masakan Indonesia
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

simple n sedap, favourite en. hubby...


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ikan bawal (ikan angsa, siakap dll pun boleh)
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 5 biji cili padi - hiris nipis (kalu takmo pedas boleh kurangkan)
  • 2 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 2 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 1 inci halia - hiris nipis
  • 3 helai daun limau purut - koyak-koyakkan
  • 1 sudu besar sos ikan, 1 sudu besar sos tiram, serbuk perasa, gula

Cara menyediakan dan memasak:

  1. bersihkan ikan, gaul semua bahan dan lumurkan pada ikan.
  2. kukus ikan dalam 15 minit, tp bergantung pada saiz ikan jg. siap.... sedap makan panas2...
  3. kalau nak tambah sayur pun boleh, carrot, saleri, brokoli, baby corn dll....

Leave a comment