?Rendang Padangâ„¢

Kategori: Resipi Ringkas, Menu Alam
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: Orang

Sesuai dimakan dengan nasi,lontong,ketupat,roti dan lain2..


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ekor ayam - dipotong kecil ...ATAU
  • 1 kg daging - dihiris nipis dan lebar
  • 1/2 biji kelapa parut dijadikan kerisik
  • 1 ltr santan pekat drp 1 1/2 biji kelapa
  • garam, gula secukup rasa
  • 10 - 12 biji cili merah*
  • 3 biji bawang besar*
  • 8 ulas bawang putih*
  • 1/2 ibu jari halia*
  • 1/4 ibu jari kunyit hidup*
  • 2 hiris lengkuas*
  • 4 batang serai*
  • 2 helai daun limau purut - disiat2
  • 1 helai daun kunyit - disiat2
  • 2 helai daun salam
  • 2 sb air asam jawa
  • secukup air - jika perlu

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.
  2. Masukkan kesemua bahan2 di dalam periuk kecuali air asam,garam dan gula dan gaul rata dan masak di atas api sederhana hingga mendidih dan empuk.Tambah air jika perlu dan masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa dan gaul sebati dan masak lagi hingga kering atau berkuah pekat ikut selera.
    Open uri20151010 29872 a899b1

Leave a comment