Categories: Informasi

Waktu Solat Malaysia Perkenal Pelan Tanpa Iklan, Pengguna Kini Boleh Baca Artikel Terus Dalam Aplikasi

Aplikasi gaya hidup Islam terkemuka di bawah REV Media Group (REV), Waktu Solat Malaysia, terus memperkukuh peranannya sebagai rujukan digital umat Islam dengan memperkenalkan langganan tanpa iklan (No-Ads Subscription) dan ciri
artikel dalam aplikasi (In-App Article).

Inisiatif ini hadir sempena Ramadan 2026 dan hasil maklum balas pengguna yang mahukan pengalaman aplikasi yang lebih lancar, selamat serta fokus kepada keperluan rohani tanpa gangguan iklan.

Baca juga: Media Prima Lancar Peraduan ‘Bonanza Berkat’, Kumpul Keyword & Menang RM100 Duit Raya!

WAKTU SOLAT MALAYSIA PERKENAL LANGGANAN TANPA IKLAN PADA HARGA BERPATUTAN

Menerusi kemas kini terbaharu di App Store dan Play Store, pengguna kini boleh melanggan pelan tanpa iklan secara:

  • Bulanan: RM9.90
  • Suku Tahun (3 bulan): RM28 (RM9.33/bulan berbanding RM45)
  • Tahunan: RM108 (RM9/bulan berbanding RM180)

Langganan boleh dibuat dengan mudah melalui pelan rangkaian telefon bimbit, FPX, e-dompet, kad kredit/debit serta perbankan DuitNow.

Selepas melanggan, pengguna boleh menikmati akses tanpa gangguan kepada pelbagai ciriutama aplikasi termasuk waktu solat, al-Quran, arah kiblat, tasbih harian, doa harian, panduan dan zikir semuanya tanpa iklan.

Lebih menarik, pelanggan turut menerima akses percuma ke platform penstriman Tonton tanpa iklan, merangkumi drama eksklusif, filem dan program TV keluaran Media Prima (TV3, TV9, 8TV), saluran premium (TVN, Animax, GEM) serta kandungan Korea.

Safwan Rahim, Pengurus Program OTT, REV berkata: “Kami mendengar maklum balas pengguna, terutamanya berkaitan iklan yang mengganggu yang menyebabkan kekeliruan dan kadang-kadang menimbulkan syak wasangka kandungan yang tidak sesuai.

Dengan pilihan tanpa iklan ini, kami menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan fokus kepada semua pengguna kami.

Dengan pelancaran ini, kami berhasrat meningkatkan pengalaman pengguna, memastikan keperluan rohani, pendidikan dan hiburan mereka dipenuhi dalam persekitaran selamat tanpa iklan.”

PENGGUNA KINI BOLEH BACA TERUS ARTIKEL DALAM APLIKASI

Waktu Solat Malaysia turut memperkenalkan ciri artikel dalam aplikasi (In-App Article), membolehkan pengguna membaca sebahagian artikel terus di dalam aplikasi.

Untuk bacaan penuh, pengguna akan ditujukan terus ke portal rasmi www.waktusolat.digital.

Safwan menambah: “Ciri ini memudahkan pengguna mengakses pelbagai kategori artikel menarik merangkumi panduan ibadah, berita Islam, persoalan hukum, inspirasi serta gaya hidup Islam semuanya hanya di hujung jari tanpa perlu mencari di tempat lain.”

Baca juga: 200 Nasi Lemak Percuma Rai Kemenangan Nasi Lemak Saleha, Nasi Lemak Paling Best Di Lembah Klang

Wan N

Recent Posts

Rahsia Roti Lembut Sampai Berhari-Hari, Satu Doh Boleh Buat Pelbagai Jenis Roti!

Kalau sedang mencari resipi roti yang boleh dibuat untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah,…

10 hours ago

Sardin Je Ada? Jangan Risau, Tukar Jadi Kari! Resipi Sardin Kari Ini Memang Buat Nasi Bertambah!

Resipi Sardin Kari sesuai untuk anda yang sudah tidak tahu nak makan apa. Kalau sardin…

13 hours ago

Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

Kuih cucur topi antara kuih tradisional yang mungkin buat ramai teringat zaman kecil. Bentuknya yang…

14 hours ago

Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!

Ikan temenung masak asam antara lauk kampung yang nampak ringkas, tetapi gabungan rasa masam, manis…

14 hours ago

Telur Dalam Peti Sejuk Dah Lama? Ini Cara Mudah Nak Tahu Masih Elok Atau Tidak

Pernah tak buka peti sejuk dan ternampak beberapa biji telur yang sudah lama dibeli? Tarikh…

15 hours ago

Cara Buat Tart Nenas Tanpa Telur, Rahsia Sedap Rupanya Terletak Pada Jenis Butter

Nak tahu cara buat tart nenas yang sedap, mudah diterap dan tidak menggunakan telur? Rupanya,…

15 hours ago