
Selepas tiga bulan kempen Makan Sini Best dijalankan dari Ogos hingga Oktober 2025, kini keputusan rasmi untuk “Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang” akhirnya diumumkan.
Dengan lebih 3,600 undian, Nasi Lemak Saleha berjaya mengalahkan empat lagi finalis hebat iaitu Nasi Lemak Yam Yam (1,504 undi), Nasi Lemak Village Park (862 undi), Nasi Lemak Tamparuli (553 undi) dan Nasi Lemak Tok Ami (1,821 undi) sekaligus dinobatkan sebagai “Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang” anjuran MyResipi!
Acara Mini Makan Sini Best Meriah
Bertempat di Nasi Lemak Saleha (Ampang), acara mini Makan Sini Best yang diadakan pada 9 Oktober lalu berlangsung dengan penuh meriah dan penuh aroma sambal yang menggamit selera!

Lebih 200 bungkus nasi lemak percuma berjaya diedarkan kepada penduduk sekitar bersama minuman ZUS Coffee dan roti segar Sunshine Bakeries.
Orang ramai yang hadir bukan saja dapat menikmati juadah ikonik negara, tapi juga menyaksikan majlis penyampaian anugerah kepada Nasi Lemak Saleha serta penyampaian hadiah peraduan Makan Sini Best untuk para pemenang bertuah.
“Alhamdulillah, tak sangka menang menang Nasi Lemak Paling Best!”

Pengasas Nasi Lemak Saleha, Puan Saleha Abdullah (tengah)
Pengasas Nasi Lemak Saleha, Puan Saleha Abdullah, tidak dapat menahan rasa syukur dan terharu selepas diumumkan sebagai pemenang utama.
“Alhamdulillah, gembira dan tak sangka! Terima kasih kepada semua yang mengundi, dan kepada pelanggan setia yang sentiasa datang balik. Anda semua beri semangat untuk kami teruskan usaha. Teruslah sokong peniaga tempatan, terutama peniaga kecil,” katanya.
Sebagai tanda penghargaan, Nasi Lemak Saleha menerima plak penghargaan eksklusif Makan Sini Best serta plak pembayaran QR tajaan Seni Tukang.
Turut menyerikan lagi kemenangan ini, Le Nona menaja Le Nona Ruby Roselle Premium Cookware Set bernilai RM329 yang cukup cantik dan praktikal untuk dapur!
Hadiah Menarik Untuk Pemenang Peraduan
Selain anugerah utama, kempen ini turut meraikan para pemenang Peraduan Makan Sini Best yang berlangsung sepanjang Ogos hingga September.
Antara yang paling mencuri perhatian:
Safariah@Elysa Jamil yang mewakili pemenang kategori slogan, Norhana Rahim, membawa pulang Le Nona Jumbo Rose Wok Set bernilai RM259.
“Saya tahu peraduan ni dari Facebook dan WhatsApp Channel MyResipi! Memang selalu ikut MyResipi sebab banyak resipi & tips dapur menarik,” kata Safariah.
Ahmad Faiz Mohamad, pemenang kategori gambar nasi lemak paling best, turut berkongsi semangatnya:
“Saya memang suka nasi lemak, jadi bila nampak peraduan ni terus ambil peluang. MyResipi ni memang saya follow sebab banyak resipi best!”
Beliau membawa pulang Le Nona Rosabelle Rice Cooker 1.8L bernilai RM139 yang lengkap dengan fungsi Keep Warm, periuk non-stick dan rekaan gold pot eksklusif!

Siti Nabila Mohd Shukor (kanan)
Siti Nabila Mohd Shukor yang mewakili pemenang kategori slogan, Farhana Hamizan pula membawa pulang Le Nona European Rose Tableware Set bernilai RM259.
“Saya follow MyResipi bukan sebab nak join contest je, tapi sebab nak tahu trend resipi terkini dan tips dapur!” katanya sambil tersenyum.
Cabutan Bertuah & Hadiah Eksklusif
@myresipi Acara Mini Makan Sini Best minggu lalu meriah! 200 nasi lemak percuma berjaya diedar bersama ZUS Coffee & Sunshine Bakeries ☕🍞 Tahniah Nasi Lemak Saleha, Juara Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang! 🥇 Layari laman media sosial MyResipi dan myresipi.com/makansinibest Share post ini dan tag #TeamNasiLemak anda, biar semua tahu siapa Juara Nasi Lemak sebenar! #MakanSiniBest ♬ original sound – MyResipi
Acara turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah untuk para tetamu, di mana 10 pemenang membawa pulang beg cenderahati eksklusif MyResipi daripada REV Media Group.

Paling bertuah pada hari berkenaan, seorang pengunjung pulang dengan Le Nona Tropical Orchid Tableware Set bernilai RM299!
Set istimewa ini diperbuat daripada kaca opal tahan lasak dengan corak orkid tropika yang cantik, sesuai untuk melengkapkan meja makan keluarga Malaysia.
Tentang Kempen Makan Sini Best, Pencarian Nasi Lemak Paling Best

Team MyResipi dan Nasi Lemak Saleha
Dilancarkan oleh MyResipi, platform komuniti makanan digital di bawah REV Media Group, kempen “Makan Sini Best” diadakan dari Ogos hingga Oktober 2025.
Matlamatnya mudah untuk mencari, meraikan dan mengiktiraf pengusaha nasi lemak terbaik melalui undian rakyat Malaysia sendiri.
“Kami ingin mengangkat keunikan cita rasa tempatan dan meraikan semangat pengusaha makanan kita. Kami percaya suara komuniti adalah yang paling telus dan diyakini,” ujar Muhamad Shaifullah Tayep, Penulis Kanan Kandungan Berjenama di REV Media Group.
Kempen Makan Sini Best mungkin dah berakhir, tapi semangatnya takkan padam! Dari sambal pedas hingga nasi yang lemak berkrim, kita semua tahu setiap suapan nasi lemak ada ceritanya sendiri.
Jadi… makan mana best? Makan Sini Best! 😍
Nak tahu kempen dan resipi menarik seterusnya? Ikuti MyResipi.com, Facebook, Instagram, TikTok & WhatsApp Channel rasmi MyResipi untuk info dan tips dapur.
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM













