
Sempena Ramadan dan Raya tahun ini, Media Prima Berhad membawakan sesuatu yang istimewa untuk semua penonton setia iaitu Bonanza Berkat, peraduan Duit Raya yang penuh rezeki dan kejutan!
Berlangsung dari 28 Februari hingga 27 Mac 2026, peraduan ini adalah sebahagian daripada kempen Ramadan Raya Sama-Sama Berkat.
Konsepnya mudah dan santai, sesuai untuk semua yang nak tambah duit raya lebih sikit tahun ini. Jadi, kalau anda tengah plan nak shopping Raya atau simpan untuk raya nanti, inilah peluang yang sesuai!

Macam Mana Nak Sertai ‘Bonanza Berkat’?
Caranya senang sahaja! Setiap minggu, Media Prima akan lepaskan 5 keyword berbeza pada setiap hari Sabtu. Keyword ini boleh didapati daripada platform-platform popular Media Prima iaitu:
- TV3
- TONTON
- HOTFM
- WAKTUSOLATMALAYSIA
- HARIAN METRO
Apa yang perlu anda buat:
- Kumpul sebanyak mungkin keyword.
- Hantar penyertaan di tonton.com.my/bonanzaberkat.
- Pastikan submit sebelum 12PM setiap hari Jumaat.
Lagi banyak keyword yang dihantar, lagi tinggi peluang untuk menang!
Apa Hadiahnya?
Setiap minggu, terdapat 50 pemenang yang akan membawa pulang RM100 Duit Raya. Dan bestnya, peraduan ini berlangsung selama 4 minggu berturut-turut, bermakna peluang untuk menang memang banyak!
Jadi, jangan lepaskan peluang. Layari tonton.com.my/bonanzaberkat untuk tahu lebih lanjut tentang syarat penyertaan dan detail penuh. Mulakan kumpul keyword minggu ini, siapa tahu rezeki Raya anda tahun ini datang lebih awal!
Baca juga: 200 Nasi Lemak Percuma Rai Kemenangan Nasi Lemak Saleha, Nasi Lemak Paling Best Di Lembah Klang
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














