Categories: Halal Travel

Bukan Sekadar Cuti, Halal Travel Fasa 2 Bawa Anda Ke Destinasi Healing, Inspirasi & Patuh Syariah

Kalau sebelum ni kita selalu fikir travel itu sekadar untuk berseronok, REV Media Group kini membawakan idea yang lebih bermakna melalui Fasa 2 kempen Halal Travel.

Kali ini, konsep kembara diberi sentuhan baharu.

Bukan saja untuk melawat tempat menarik, tapi juga untuk menyihatkan jasmani, menenangkan hati dan mendekatkan diri dengan Allah.

Baca Juga: 5 Minuman DIY Untuk Travel Paling Praktikal, Senang Buat & Bantu Tubuh Kekal Segar Sepanjang Perjalanan Jauh

Fasa 2 kempen Halal Travel yang berlangsung dari Julai hingga September 2025 ini disokong empat platform utama REV Media Group iaitu MyResipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia.

Gabungan ini menjadikan Halal Travel bukan sekadar panduan jalan-jalan biasa, tapi lengkap dengan inspirasi ‘healing’, renungan diri dan kesejahteraan rohani.

“Perjalanan memiliki kekuatan bukan sekadar untuk membuka minda, malah memulihkan jiwa,” kata Muhamad Shaifullah Tayep, Penulis Kandungan Tajaan Kanan di REV Media Group.

Antara yang menarik dalam Fasa 2 ini ialah cadangan destinasi tenang seperti resort kesihatan halal, lokasi alam semula jadi mesra solat serta aktiviti santai yang sesuai untuk refleksi diri.

Sama ada anda nak bercuti solo, berdua atau bawa satu keluarga, semua tip yang dikongsi Halal Travel tetap patuh syariah dan bermanfaat untuk tubuh serta jiwa.

Portal Lengkap Untuk Pengembara Muslim

Sekiranya anda sedang merancang percutian halal, jangan lupa singgah ke www.myresipi.com/halaltravelmy yang penuh info berguna.

Antaranya, senarai makanan halal, tip & etika kembara Muslim, destinasi pilihan mesra Muslim dan penunjuk arah kiblat serta waktu solat secara langsung.

Memang sesuai dijadikan teman travel anda sebelum dan semasa percutian!

Sertai Peraduan Halal Travel Fasa 2

Lebih menarik, MyResipi dan rakan platform lain juga ada menganjurkan #HalalTravelMY Photo Contest.

Anda boleh menang hadiah menarik seperti set bagasi dan pakej urutan tajaan WOWSHOP dan Urban Retreat Spa.

Cara nak join mudah je:

  1. Muat naik gambar percutian mesra halal terbaik anda di ruangan komen pada hantaran Facebook rasmi peraduan.

  2. Pilih platform kegemaran anda (MyResipi, Sirap Limau, VOCKET atau Waktu Solat Malaysia).

  3. Sertakan hashtag rasmi #HalalTravelMY dalam komen anda.

Dengan gabungan travel + healing + hadiah menarik, kempen ini memang lain daripada yang lain.

Boleh kata Halal Travel Fasa 2 bukan sekadar trend, tapi satu gerakan yang menjadikan dunia pelancongan lebih mesra Muslim, inspirasi dan penuh nilai.

Untuk maklumat lanjut, layari www.myresipi.com/halaltravelmy atau ikuti MyResipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia di media sosial.

Baca Juga: 10 Kudapan Halal Travel Yang Sihat & Sedap, Mudah Dibawa Dalam Beg

Shaifullah

Recent Posts

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

2 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

3 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

4 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

5 hours ago

Sambal Balado Homemade Tanpa Belacan, Guna Campuran 3 Jenis Cili Memang ‘Kick’ Rasanya!

Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…

5 hours ago

Udang Sotong Masak Kam Heong Ala Kedai, Ada Tip Penting Supaya Tak Liat Dan Berair!

Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…

5 hours ago