Categories: Resipi

Resipi Masak Lemak Putih Umbut Kelapa, Lauk Kampung ‘Rare’ Yang Memikat Selera!

Umbut kelapa ialah bahagian pucuk lembut pokok kelapa yang lazim digunakan dalam masakan tradisional Melayu, terutamanya di kawasan kampung. Bahan ini biasanya diperoleh apabila pokok kelapa tua ditebang dan dianggap antara hasil alam yang semakin jarang ditemui.

Menurut rujukan masakan tradisional, umbut ini mempunyai rasa manis semula jadi serta tekstur rangup. Disebabkan rasanya yang lembut dan segar, ia selalunya dimasak secara ringkas supaya keenakan asal tidak hilang.

Masak lemak putih merupakan antara cara paling sesuai untuk menikmati umbut kelapa. Gabungan santan dan bahan kisar yang minimum menghasilkan hidangan berlemak, ringan dan menyelerakan, sekali gus mengekalkan rasa asli umbut itu sendiri.

Baca juga: Resipi Ikan Cencaru Goreng Garing, Biasa Buat Sumbat Tapi Versi Ini Sedap Juga!

RESIPI MASAK LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA

Bahan-bahan:

  • Umbut kelapa, dihiris halus

Bahan tumbuk:

  • Sebiji bawang besar (resipi asal guna 4 biji bawang merah)
  • 2 ulas bawang putih
  • Sejemput ikan bilis

Bahan lain:

  • 4 biji cili padi, dipotong serong dua (resipi asal guna lada besar)
  • Air secukupnya
  • Santan kotak kecil
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan-bahan tumbuk ke dalam periuk bersama sedikit air. Masak hingga mendidih.
  2. Apabila mendidih, masukkan umbut kelapa yang telah dihiris. Biarkan mendidih sekali lagi. Jika air terlalu sedikit, boleh tambah sedikit air.
  3. Masukkan santan Kara, lebih kurang separuh kotak kecil. Jika suka kuah yang lebih pekat, boleh tambah santan mengikut citarasa.
  4. Akhir sekali, masukkan cili padi, garam dan gula. Kacau perlahan hingga mendidih, kemudian tutup api.

Siap untuk dihidangkan. Paling sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Syu Islamiah

Baca juga: Cara Mudah Buat Sambal Totok Ikan Bilis, Sekali Cuba Confirm Terus Ketagih!

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

8 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

8 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

8 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

8 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

10 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

11 hours ago