
Pernah tak beli ikan bilis, tapi bila masak, sambal jadi pahit, tekstur keras, satu rumah pula berbau hapak? Nampak macam remeh, tapi memilih ikan bilis segar memang ada triknya. Silap sikit saja, terus spoil satu lauk.
Berita baiknya, ada beberapa cara mudah yang selalu digunakan oleh pembekal ikan bilis premium untuk pastikan kualiti terbaik. Bila ikut langkah ini, bukan saja sambal lebih wangi, malah gorengan pun jadi rangup dan bersih rasanya.
Jom tengok cara pilih ikan bilis segar dan berkualiti tinggi yang ringkas, jelas dan terus boleh guna masa membeli ikan bilis nanti!
Baca juga: Petua Simpan Bunga Kantan Supaya Kekal Segar, Tahan Lama & Cantik, Nak Bila-Bila Masa Pun Boleh!
CARA PILIH IKAN BILIS SEGAR & BERKUALITI TINGGI

1. Tengok warna dulu, ini penanda utama kualiti
- Putih jernih atau cerah
– Ini tanda ikan bilis baru dan gred tinggi.
– Kurang bau kuat dan lebih bersih bila dimasak. - Ada jalur biru atau hijau nipis
– Inilah ikan bilis mata biru yang selalu dikatakan premium.
– Rangup bila digoreng, rasa ringan dan tak mudah pahit. - Kuning atau coklat gelap
– Selalunya stok lama atau dah lama terdedah kepada udara.
– Rasa lebih tajam, cenderung pahit bila ditumis. - Terlalu putih melepak
– Hati-hati! Ada yang direndam bahan pemutih.
– Pilih putih semula jadi, bukan putih pelik.
2. Bau: pilih yang ‘laut’, bukan ‘hapak’
Ikan bilis segar sepatutnya berbau masin semulajadi, ringan dan macam angin laut. Jadi, elakkan jika bau hapak, masam atau kuat macam amonia. Ini tandanya ikan dah lama atau proses pengeringan tak sempurna.
3. Sentuh tekstur, pegang sikit pun dah boleh tahu
Kalau penjual bagi cuba sentuh, ini ciri-ciri ikan bilis berkualiti:
- Kering dan tidak melekit
– Maknanya ia dikeringkan dengan betul dan akan jadi rangup bila digoreng. - Mudah patah
– Menunjukkan kandungan air rendah, lebih segar dan tahan lama. - Liat atau melentur
– Ini tanda ikan bilis lembap dan lebih mudah berkulat.

4. Pilih jenis ikut menu masakan
Tak semua ikan bilis sesuai untuk semua lauk. Pilih ikut menu supaya hasil lebih padu.
- Ikan Bilis Mata Biru
– Kategori premium
– Paling rangup
– Sedap untuk sambal tumis, sambal kering, sambal nasi lemak - Ikan Bilis Putih / Kopek
– Kegunaan harian
– Sesuai untuk tumis sayur, goreng halus, telur dadar bilis - Ikan Bilis Bulat (Tak kopek)
– Lebih murah
– Terbaik untuk buat stok rebusan, sup dan bubur
– Pastikan buang perut supaya tak pahit
5. Saiz pun main peranan
- Lagi kecil, lagi mahal dan lagi sedap!
- Ikan bilis kecil lebih halus, cepat garing dan nampak cantik dalam sambal.
Untuk sambal yang renyah dan tak keras, pilih saiz kecil atau sederhana.
Tip simpan ikan bilis supaya tahan lebih lama:
Selepas beli, terus buat langkah ini:
- Simpan dalam bekas kedap udara
– Elakkan lembap, elakkan kulat. - Masukkan ke dalam chiller atau freezer
– Cara ini boleh kekalkan warna cerah, hindarkan bau hapak dan pastikan bilis kekal rangup walaupun lama disimpan.
Bila dah tahu nak tengok apa, warna, bau, tekstur, jenis dan saiz, barulah senang nak dapat ikan bilis segar yang betul-betul berkualiti. Masakan pun jadi lebih sedap, wangi, bersih dan rangup.
Selepas ini, kalau nak buat sambal, sup atau gorengan, confirm puas hati!
Semoga bermanfaat!
Sumber: Emma’s Premium Seafood
Baca juga: Petua Ikan Bilis Rangup Tahan Lama & Tak Liat, Wajib Gaul Dengan Bahan ‘Ini’ Dulu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














