resepi ikan cencaru goreng

Resepi ikan cencaru goreng ini boleh tahan sedap. Biasanya orang buat sumbat, tapi sebenarnya kalau digoreng garing dengan perapan rempah yang cukup rasa pun dah boleh buat kita bertambah nasi!

Kadang-kadang, menu yang paling ringkas itulah yang paling membangkitkan selera. Ikan ini kalau kena gaya perapannya, isi yang manis digabung dengan rempah yang garing, memang padu.

Baca juga: Resipi Ikan Sambal Cili Padi, Rasa ‘Menyengat’ Sampai Makan Licin Ke Tulang

RESEPI IKAN CENCARU GORENG

resepi ikan cencaru goreng

Bahan-bahan:

  • Ikan caru (dibersihkan dan dibelah dua/dibelah belakang)
  • Bawang putih & halia (ditumbuk halus atau dikisar)
  • Serbuk cili
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk kunyit
  • Limau nipis (bahan rahsia untuk hilangkan hanyir & naikkan aroma)
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Letakkan ikan caru yang telah dibersihkan di atas pinggan. Pastikan ikan telah ditos kering sedikit supaya rempah mudah melekat.
  2. Masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk ke atas ikan. Kemudian, tambahkan serbuk cili, garam dan serbuk kunyit.
  3. Dengan menggunakan tangan, gaulkan kesemua bahan tadi sehingga menyaluti setiap bahagian ikan, termasuk di dalam belahan ikan.
  4. Jangan lupa perah sedikit jus limau nipis ke atas ikan yang telah diperap tadi. Ini akan memberikan rasa yang lebih segar dan aroma yang sangat wangi bila digoreng.
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Tips penting: Gunakan minyak yang secukupnya sahaja, jangan terlalu banyak supaya rempah tidak mudah tertanggal. Masukkan ikan dan goreng sehingga garing.
  6. Jangan lupa balikkan ikan supaya kedua-dua belah masak dengan sekata dan garing sempurna.

Siap! Ikan caru goreng berempah anda sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan.

Sumber: Ella Amin

Baca juga: Gulai Kuning Ikan Haruan Tumis Wangi Ala Kampung, Kuah Pekat & Sedap Sampai Bertambah Nasi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN