Categories: Resipi

Resipi Udang Nestum Yang Menjadi Kegemaran Ramai, Ratah Saja Pun Sedap!

Kalau anda tengah cari idea lauk yang ringkas tapi nampak ‘special’, udang nestum memang pilihan terbaik.

Hidangan ini bukan saja sedap, tapi aromanya yang wangi dari daun kari dan butter memang cukup memikat selera.

Resipi ini juga sangat mudah dan cepat dimasak. Hanya guna bahan asas seperti bawang putih, cili padi, daun kari dan nestum. Tapi hasilnya terasa macam makan dekat restoran.

Nak tahu cara masak udang nestum yang sedap dan mudah? Jom ikuti langkah-langkah di bawah.

Baca juga: Resipi Udang Harimau Kam Heong, Bau Wangi Menggoda Buat Selera Terangkat!

RESEPI UDANG NESTUM

Bahan-bahan:

  • 500 gram udang
  • 3-5 ulas bawang putih (lebih banyak, lebih sedap)
  • 5-10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • 1 tangkai daun kari
  • 3-4 sudu besar nestum
  • 1-2 sudu besar mentega
  • Tepung jagung (untuk salut udang)
  • Garam atau perasa pilihan (secukupnya)

Cara memasak:

  1. Salut udang dengan tepung jagung dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  2. Cincang bawang putih dan potong cili padi.
  3. Panaskan mentega dalam kuali. Tumis daun kari, bawang putih dan cili padi hingga naik bau dan bawang menjadi keemasan.
  4. Masukkan udang yang telah digoreng tadi ke dalam tumisan.
  5. Tambahkan sedikit garam atau perasa pilihan.
  6. Masukkan nestum dan gaul hingga sebati dan bersalut pada udang.
  7. Sedia untuk dihidang panas-panas!

Sumber: Cikgu Nida

Baca juga: Resipi Sambal Udang Petai, Warna Merah Menyala Buat Tak Sabar Nak Makan!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago