udang harimau

Kalau anda suka makanan laut yang pedas, berempah dan wangi, resipi udang harimau masak kam heong ini memang wajib cuba. Rasa udang yang manis digabung dengan daun kari, cili, dan sos pekat memang cukup menyelerakan.

Resipi ini senang sahaja jika ada yang ingin cuba, bahan pun mudah dapat di mana-mana kedai. Sesuai sangat kalau anda nak masak lauk cepat tapi sedap dan padu. Jom baca sampai habis dan cuba sendiri nanti di rumah.

Baca juga: Peniaga Kongsi Tip Udang Goreng Rangup & Cantik, Kena Bancuh Tepung Guna ‘Teknik’ Ini

RESEPI UDANG HARIMAU MASAK KAM HEONG

udang harimau

Bahan untuk menggoreng udang:

Bahan tumis:

  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Halia (dihiris halus)
  • Daun kari

Bahan-bahan lain:

  • Serbuk kari
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Cili padi (ditumbuk atau dihiris)
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Gaulkan udang dengan serbuk kunyit, tepung jagung dan tepung beras. Goreng hingga masak – elakkan terlalu mentah atau terlalu garing.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis hingga wangi.
  3. Masukkan serbuk kari, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis, cili padi, sedikit air, garam dan gula.
  4. Masak sehingga kuah sedikit pekat.
  5. Masukkan udang goreng, gaul rata dan biarkan sebati dengan kuah.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Sumber: Azzam Saleh

Baca juga: Cara Masak Udang Buttermilk Lemak Berkrim, Rasa Yang Tak Boleh Dilupa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN