Udang Masak Diraja merupakan hidangan kegemaran kesemua lapisan umur. Daripada yang kecil sehinggalah yang dewasa, semuanya amat menyukai hidangan ini.
Ia juga mudah untuk disediakan. Disini, kami ada sediakan resipi yang lengkap untuk anda ikuti. Jadi, bolehlah anda sediakan kepada yang tersayang tau!
Baca juga: Resipi Udang Kalio Cara Senang, Bahan-bahan Pun Mudah Nak Dapat
Resipi ini dikongsikan oleh Cik Puan @nadma.sak di laman TikTok dan mendapat banyak tontonan sehingga 1.3 juta tau! Jom kita tengok.
RESIPI UDANG MASAK DIRAJA
Bahan kisar:
- 1 biji bawang besar*
- 1 inci lengkuas*
- 1 inci kunyit hidup*
- 1 inci halia*
- 1 biji bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 7-9 cili api*
- 1 biji cili merah*
- Sedikit air
* Kisar halus ke semua bahan di atas.
Bahan lain:
- 500g udang – dibersihkan
- Minyak masak
- 3 batang serai – dititik
- 2 asam keping
- Gula
- Garam
- 1 kotak kecil santan
- Air secukupnya
- Serbuk perasa
- Daun kunyit – dihiris halus
Cara-cara memasak:
1. Kisar halus bahan-bahan bertanda * dan ketepikan.
2. Tumis dahulu serai yang sudah dititik sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar.
3. Tumis sehingga pekat. Selepas itu masukkan gula, garam, asam keping dan udang yang sudah dibersihkan. Gaul sebati.
4. Masukkan santan dan air secukupnya.
5. Masukkan pula serbuk perasa dan daun kunyit. Tutup api apabila isi udang sudah masak sepenuhnya.
6. Siap untuk dihidang!
@nadma.sak Memang padu Udang Masak Diraja ni. Tersangat flavourful, lemak2 manis. Sedap sangat. Menu ni memang Nad akan repeat berkali kali ❤️ #resepimudah #resepisimple #resepimalaysia #udangmasakdiraja
Selamat mencuba!
Baca juga: Udang Creamy Tuscan, Resipi Viral Lebih 13K Shares, Sesuai Untuk Menu Keto Diet