Categories: Resipi

Ubi Kayu Getuk, Wajib Guna ‘Ubi’ Ini Baru Rasa MAHAL!

Ubi kayu getukUbi kayu getukUbi kayu getuk adalah satu hidangan tradisional yang tidak selalu dijual seperti pisang goreng. Sangat rare untuk lihat orang jual tepi jalan!

Baru-baru ini, Cik Puan Zainor Shima Ihsan telah membuat kuih ini untuk ahli keluarganya. Katanya, ubi getuk ini kalau beli di luar mesti dalam RM2 untuk 3 biji! 

Jom kita lihat resipi yang telah dikongsikan.

Baca juga: Resipi Jelly Teh Bunga, Punya Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

RESIPI UBI KAYU GETUK

Bahan-bahan Bebola Ubi Kayu Getuk:

  • 1-2 kg ubi kayu yang sudah dikupas kulit
  • 1 biji kelapa parut putih
  • ¾ cawan gula pasir atau gula perang (boleh kurangkan gula jika tidak mahu terlalu manis)
  • 1 senduk tepung gandum
  • 1 camca besar garam

Cara Penyediaan:

1. Didihkan air yang sudah ditabur garam. Kemudian rebus ubi kayu sehingga empuk.

2. Setelah ubi empuk, toskan air hingga kering. Kemudian tumbuk lumat.

3. Tambah kelapa, gula, dan tepung gandum. Gaul sebati.

4. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan supaya mudah dibentuk.

5. Tabur sedikit tepung gandum pada dulang agar adunan tidak melekat.

6. Simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau semalaman supaya keras, agar mudah untuk digoreng. Jika terlalu lembut nanti ia akan berderai.

Resipi Adunan Salutan Tepung Crispy:

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras (cap gajah 1 atau cap gajah 3)
  • 1½ cawan air sejuk (ais batu dan air)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh air kapur
  • 3 sudu besar bijan (disangai terlebih dahulu)
  • Secubit serbuk kunyit atau pewarna kuning

Cara Penyediaan:

1. Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk adunan. Gaul hingga sebati dan tidak berketul.

2. Celupkan bebola ubi kayu getuk ke dalam adunan dan goreng dalam minyak panas yang banyak. Anda boleh menggunakan tangan atau penyepit, asalkan tahan panas minyak.

3. Setelah memasukkan bebola ubi kayu ke dalam minyak, ambil adunan tepung dengan tangan dan goyangkan supaya ada seredak atau kerak halus dalam kuali.

4. Goreng sehingga keemasan. Angkat dan toskan minyak.

5. Siap! Cicah dengan sambal kicap.

Tambahan bijan dalam adunan memberikan rasa lemak pada bebola ubi kayu getuk.

 Sumber: Zainor Shima Ihsan

Baca juga: Apam Mekar Paddle Pop, Cantik Macam Ini Sayang Nak Makan!

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Celur Sayur Agar Tak Bertukar Lebam, Warna Pun Kekal Hijau & Segar!

Cara celur sayur adalah penting untuk dipelajari agar sayur-sayuran tetap segar dan berwarna hijau. Jika…

8 hours ago

9 Jenis Pes Wajib Ada Sebelum Bulan Puasa, Simpan Seketul-Seketul, Boleh Guna Sampai Raya!

Ramai yang mula buat persiapan untuk bulan Ramadan yang bakal tiba. Mulai sekarang, anda perlu…

11 hours ago

Resipi Sardin Dengan ‘Baked Beans’, Sedap Cicah Lempeng Lembut!

Cara masak sardin tin dengan ‘baked beans’ ini pasti belum pernah dicuba oleh ramai orang.…

11 hours ago

Resipi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan, Dapat Hasil Bersarang Sempurna

Apabila ada masa lapang, pasti ramai yang cuba buat kek yang lazat di rumah. Jika…

12 hours ago

Ikan Masak Merah Yang Paling Mudah, Sedapnya Macam Air Tangan Ibu

Nampak ikan dalam peti sejuk, terus terfikir nak buat Ikan Masak Merah. Mana taknya, lauk…

14 hours ago

Tips Goreng Ikan Tak Meletup & Tak Melekat Pada Kuali, Teknik Ini Serius Menjadi!

Semua orang suka makan ikan goreng sebagai hidangan lauk bersama nasi. Kali ini, kami nak…

15 hours ago