Baca juga: Resipi Jelly Teh Bunga, Punya Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!
RESIPI UBI KAYU GETUK
Bahan-bahan Bebola Ubi Kayu Getuk:
- 1-2 kg ubi kayu yang sudah dikupas kulit
- 1 biji kelapa parut putih
- ¾ cawan gula pasir atau gula perang (boleh kurangkan gula jika tidak mahu terlalu manis)
- 1 senduk tepung gandum
- 1 camca besar garam
Cara Penyediaan:
1. Didihkan air yang sudah ditabur garam. Kemudian rebus ubi kayu sehingga empuk.
2. Setelah ubi empuk, toskan air hingga kering. Kemudian tumbuk lumat.
3. Tambah kelapa, gula, dan tepung gandum. Gaul sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada tapak tangan supaya mudah dibentuk.
5. Tabur sedikit tepung gandum pada dulang agar adunan tidak melekat.
6. Simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau semalaman supaya keras, agar mudah untuk digoreng. Jika terlalu lembut nanti ia akan berderai.
Resipi Adunan Salutan Tepung Crispy:
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung beras (cap gajah 1 atau cap gajah 3)
- 1½ cawan air sejuk (ais batu dan air)
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu besar tepung jagung
- 1 biji telur
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh air kapur
- 3 sudu besar bijan (disangai terlebih dahulu)
- Secubit serbuk kunyit atau pewarna kuning
Cara Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan kering dalam mangkuk adunan. Gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2. Celupkan bebola ubi kayu getuk ke dalam adunan dan goreng dalam minyak panas yang banyak. Anda boleh menggunakan tangan atau penyepit, asalkan tahan panas minyak.
3. Setelah memasukkan bebola ubi kayu ke dalam minyak, ambil adunan tepung dengan tangan dan goyangkan supaya ada seredak atau kerak halus dalam kuali.
4. Goreng sehingga keemasan. Angkat dan toskan minyak.
5. Siap! Cicah dengan sambal kicap.
Tambahan bijan dalam adunan memberikan rasa lemak pada bebola ubi kayu getuk.
Sumber: Zainor Shima Ihsan
Baca juga: Apam Mekar Paddle Pop, Cantik Macam Ini Sayang Nak Makan!