Resipi Tuna Spaghetti ini bukan sahaja sedap, malah cara penyediaannya juga cukup ringkas dan tidak mengambil masa yang lama untuk memasak.
Jom lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Nisa Areyoon Osman di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: 4 Idea Resipi Spageti Selera Malaysia, Memang Kena Dengan ‘Tekak Melayu’ Kita!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Cara-cara:
1. Sambil sediakan bahan yang perlu dihiris, rebus spageti sehingga lembut. Apabila spageti sudah lembut, toskan airnya.
2. Tumis bawang sehingga layu. Kemudian, masukkan tuna dan gaul sehingga sedikit masak.
3. Setelah tuna sedikit masak, masukkan pula sos spageti tomato dan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih.
4. Bila dah mendidih, masukkan pula cili benggala. Masak lagi sehingga kuah sedikit pekat.
5. Selepas itu, masukkan daun ketumbar. Gaul sehingga sebati.
6. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama spageti yang sudah direbus tadi. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nisa Areyoon Osman
Baca juga: Tak Perlu Beli Lagi, Buat Sendiri Je Sos Spaghetti Bolognese. Rasa Lebih Segar & Sedap!
Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…
Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…
Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…
Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…
Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…
Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…