kek kukus coklat

Tengok orang lain buat kek sampai hasil menjadi, terus teringin nak buat perkara yang sama. Sebagai pemula, anda boleh cuba buat Kek Kukus Coklat simple ini dahulu di rumah.

Kek ini diperbuat daripada coklat dan dimasak dengan cara dikukus serta popular di Malaysia kerana teksturnya yang sangat moist dan cair di mulut.

Nak buat Kek Kukus Coklat ini tak susah mana pun, asalkan anda tahu bahan dan caranya. Jadi, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Rodiah Amir di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Kek Coklat Mini Yang Gebu, Letak Biskut Teddy Bear Nampak Lagi Comel!

RESIPI KEK KUKUS COKLAT

kek kukus coklat

Bahan-bahan:

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campur semua bahan terlebih dahulu (jika lebih suka kurang manis, letak susu pekat dan gula separuh cawan saja).

2. Selepas itu, kacau adunan sampai sebati dengan menggunakan whisk.

kek kukus coklat

3. Kemudian, tuang adunan separuh saja ke dalam bekas yang nak digunakan (sebab setelah kukus nanti, ia akan naik).

4. Akhir sekali, kukus selama 20 hingga 30 minit mengikut sebesar mana bekas yang digunakan. Siap untuk dinikmati!

Kek Kukus Coklat sering dibuat dalam bentuk mini dan ramai yang gunakannya untuk berniaga. Selain itu, kek ini boleh jadi idea pencuci mulut untuk jamuan juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Rodiah Amir

Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Bentuk Mini, Sedar-Sedar Dah Masuk Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN