mee goreng basah mudah

Apabila perut tengah lapar, memang seronok dapat makan hidangan berkuah yang panas. Jika begitu, kami cadangkan anda cuba buat Mee Goreng Basah mudah dan sedap ini di rumah.

Haja Saleh telah kongsikan resipi Mee Goreng Basah mudah di Facebook yang sangat sedap. Paling penting, hasilnya confirm akan buat keluarga anda makan sampai licin pinggan.

Baca juga: Cara Buat Mee Goreng Bungkus Macam Zaman 90-an, Sedapnya Tetap Klasik!

RESIPI MEE GORENG BASAH MUDAH

mee goreng basah mudah

Bahan-bahan:

  • Mee kuning (basuh dulu dengan tepung untuk hilangkan bau kapur)
  • Udang (dibuang kulit)
  • Fish cake (hiris nipis)
  • Sayur sawi (dibasuh bersih)
  • ½ biji bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 senduk sos tiram
  • 2 senduk kicap masin (agak-agak)
  • 1 senduk kicap lemak manis
  • Sedikit sos cili
  • 1 hingga 2 cawan air (ikut nak kuah basah banyak atau sikit)
  • 1 biji telur

Cara-cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. Kalau suka, boleh tumis sampai garing sikit supaya tak berbau mentah.

2. Masukkan cili giling, kacau sampai pecah minyak.

3. Masukkan fish cake, kemudian udang. Gaul rata sampai udang bertukar warna.

4. Tuangkan sedikit air, kemudian masukkan sayur sawi.

5. Masukkan mee kuning yang sudah dibasuh bersih.

mee goreng basah mudah

6. Masukkan sos tiram, kicap masin, kicap lemak manis, dan sedikit sos cili. Gaul sebati.

7. Tuangkan air 1 hingga 2 cawan (ikut suka nak kuah lebih atau kurang). Jika tambah air banyak, bahan perasa kena lebihkan juga.

8. Gaul-gaulkan mee sampai semua bahan sebati.

9. Akhir sekali, pecahkan telur. Kacau sekali dan biarkan pekat berkuah.

Kuahnya pekat berperisa, ada udang segar, fish cake dan sedikit sayur, memang terangkat selera dibuatnya. Selain itu, hidangan ini boleh dibuat mengikut citarasa masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber: Haja Saleh

Baca juga: Resepi Mee Goreng Mamak Ala Melayu, Hidang Depan Suami Terus Kena Puji

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN