cara buat tomyam putih

Nak sediakan hidangan lauk yang berkuah, tapi tengok pes tiada pula di rumah. Jangan risau, anda boleh cuba cara buat Tomyam Putih yang sempoi tanpa menggunakan pes.

Tomyam Putih merupakan hidangan sup berasaskan masakan Thai yang terkenal, tetapi berbeza daripada tomyam biasa kerana warnanya yang jernih atau putih.

Salah satu sebab Tomyam Putih menjadi hidangan kesukaan ramai di kedai makan Thai adalah kerana rasanya yang masam, pedas dan sangat beraroma.

Syima Sani telah kongsikan cara buat Tomyam Putih di Facebook yang diajar oleh jirannya tanpa menggunakan pes atau kiub. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Pes Tomyam Homemade, Pekat Dan ‘Kaw’ Macam Dekat Kedai Thai

CARA BUAT TOMYAM PUTIH

cara buat tomyam putih

Bahan-bahan:

  • 1½ liter air
  • 5 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 biji tomato (cincang)
  • 3 keping asam keping
  • Lengkuas
  • 1 mangkuk ayam atau seafood
  • 3 helai daun limau purut (koyak-koyakkan)
  • 5 biji cili api (belah dua)
  • 1 labu bawang besar (belah enam)
  • 1 sudu teh gula
  • 1½ sudu teh garam (sesuaikan dengan rasa)
  • 1 sudu teh jus limau

Bahan-bahan sayur (potong ikut suka):

  • Lobak merah
  • Putik jagung
  • Tomato
  • Kubis

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, didihkan air bersama bawang putih, serai, tomato, asam keping dan lengkuas.

2. Selepas itu, masukkan ayam sampai masak.

3. Kemudian, masukkan sayur-sayuran, cili dan bawang.

4. Masak sebentar saja terus tutup api.

5. Akhir sekali, tambah gula, garam, daun limau purut dan jus limau (sesuaikan rasanya). Siap untuk dihidang!

cara buat tomyam putih

Walaupun tiada pes di rumah, namun anda tetap dapat masak hidangan lauk berkuah dengan cara buat Tomyam Putih yang cukup ringkas. Sekali rasa, pasti nak buat lagi nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Syima Sani

Baca juga: Cara Masak Tomyam Campur Pekat Likat, Sampai Hirup Kuah Berkali-Kali

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN