petua mudah halau semut

Geram kan bila tengok bekas gula dimasuki semut. Padahal bekas dah cukup rapat dan ketat. Kadang-kadang, pek gula yang baru dibeli dan belum dibuka pun boleh dimasuki semut.

BOLEH KE MAKAN GULA YANG DIMASUKI kiSEMUT?

Menurut buku 501 Persoalan Fikah Wanita oleh Zawiah Hassan, gula yang dimasuki semut masih suci. Cuma, kita perlulah membuang semut-semut itu terlebih dahulu.

Dari sudut kesihatan pula, ia bergantung kepada kuantiti dan jenis semut yang menghurung gula tersebut. Kebanyakan jenis semut tidak memudaratkan kerana ia adalah haiwan yang tidak berdarah. Malah sesetengah budaya mengamalkan tabiat memakan semut sebagai snek. (*Tapi, dalam Islam kita tak boleh makan semut kecuali tak sengaja.)

Maka, sekiranya semut tidak terlalu banyak, bolehlah diusahakan untuk memisahkannya agar gula tersebut masih boleh digunakan. Mari cuba tips dan petua halau semut dalam bekas gula yang mudah dan berkesan ini.

PETUA MUDAH HALAU SEMUT DALAM GULA

Cara-caranya:

1. Letak beberapa batang kulit kayu manis. (Semut tak suka bau kulit kayu manis ni, laju dia lari ajak geng)

2.Selepas 1 jam semut semut tadi hilang dari radar. Selamat mencuba!

Kredit: Ameera

Baca juga: Pakar Kongsi Petua Kurangkan Batuk Yang Berlarutan, Boleh Cuba Kala ‘Musim Demam’ Ni

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN