Rupanya ada teknik untuk memasak mee goreng supaya lebih sedap dan padu. Jika menggunakan cara ini, mee goreng anda dijamin akan terasa lain dari biasa!
Resipi perkongsian oleh Cik Eyta ini dikatakan telah dipelajari dari mendiang mertuanya yang berbangsa Tionghoa atau Cina.
Menurutnya, bawang putih perlu dicincang halus dan digoreng sehingga garing dan kekuningan. Kemudian, baru boleh masukkan bahan seafood atau rencah yang disukai.
Untuk mengetahui cara memasak yang lengkap, mari ikuti perkongsian oleh Cik Eyta di bawah.
Baca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Pertama sekali, bawang putih perlu dicincang halus dan ditumis sehingga garing dan kekuningan.
2. Apabila bawang putih sudah menjadi garing dan kekuningan, baru masukkan bahan seafood atau rencah yang disukai.
3. Apabila air seafood sudah kering, masukkan cili kisar dan bawang merah kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Apabila sudah pecah minyak, masukkah sos cili, sos tomato, sos tiram dan segala jenis kicap yang disukai.
5. Seterusnya, masukkan mi kuning yang sudah dicuci bersih serta sayur-sayuran yang anda sukai. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata.
6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Cik Eyta
Baca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan ‘1 Bahan’ Ini Saja
Resepi puding mangga ini memang sedap dan 'meriah' dengan buah mangga. Memang tak kedekut langsung!…
Pernah tak tertanya-tanya apa resepi burger yang selalu dijual di gerai tepi jalan itu? Kenapa…
Sudah sering buat kek secara kukus, sekali-sekala nak cuba cara bakar pula. Kali ini kami…
Tak dinafikan mereka yang suka memasak pasti seronok apabila dapat membuat pelbagai jenis sambal dan…
Resipi roti goreng keju bersama hirisan ayam ini sangat sesuai sebagai kudapan untuk anak-anak. Walaupun…
Selalunya bila masak mee kuning, pasti ada rasa kapur, kan? Ini boleh membantutkan selera makan…