tips telur tak pecah

Ramai yang suka buat kuah masak lemak telur kerana cepat disediakan dan sedap berlemak. Nak hasilnya sempurna, anda perlu tahu tips telur tak pecah dalam kuah masak lemak ini.

Kuah masak lemak ialah sejenis kuah tradisional dalam masakan Melayu yang berasaskan santan, menjadikan rasanya berlemak, pekat dan kaya. Selain ikan, ramai yang suka gunakan telur dalam kuah masak lemak.

Namun, salah satu cabaran utama apabila buat telur masak lemak adalah telurnya cepat pecah dan hancur berkecai. Apabila jadi seperti itu, boleh potong selera dibuatnya.

Tahukah anda, ada satu bahan ringkas dan ramai tak sangka boleh buat telur kekal bulat, licin dan tak pecah dalam kuah mendidih. Lebih-lebih lagi, bahan itu memang selalu ada di dapur.

Baca juga: 6 Tips Masak Kari Supaya Kuah Cantik Berkilat, Rasa Pun Lebih Terangkat!

TIPS TELUR TAK PECAH DALAM KUAH MASAK LEMAK

tips telur tak pecah

1. Mula-mula, jerang air terlebih dahulu dalam periuk.

2. Selepas itu, masukkan cuka (agak-agak saja).

3. Apabila sudah mendidih, baru masukkan telur satu demi satu.

4. Hasilnya akan jadi seperti dalam gambar di atas, tapi pastikan jangan kacau.

5. Setelah cantik kejadiannya, boleh angkat dan gunakan untuk masak apa saja mengikut selera masing-masing.

tips telur tak pecah

Siapa sangka, bahan paling ringkas pun boleh jadi penyelamat masakan kita. Dengan hanya menambahkan cuka dalam air mendidih, rupa telur anda akan menjadi bulat sempurna.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Ummi Dayyan

Baca juga: Tips Buat Nasi Goreng Sedap Macam Dekat Kedai, Hasil Jadi Berderai Cantik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN