masak brokoli

Pelbagai sayur digunakan dalam masakan tapi masih ramai tak tahu cara masak brokoli yang betul sampaikan pahitnya tak hilang.

Brokoli merupakan sejenis sayuran yang kaya dengan khasiat dan mempunyai pelbagai manfaat untuk tubuh. Selain mengandungi serat yang tinggi, ia juga merupakan sumber vitamin C dan kalsium yang baik.

Sesetengah orang kurang gemar makan brokoli kerana mempunyai rasa pahit setelah dimasak. Oleh sebab itu, sayur ini menjadi kurang popular sedangkan ia sangat berkhasiat.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Sayur Goreng Kekal Hijau, Hasil Cantik Dan Tak Layu!

masak brokoli

Rasa pahit boleh bergantung pada jenis brokoli. Biasanya, brokoli Cina mempunyai rasa yang lebih pahit daripada brokoli jenis lain.

Tambahan pula, ada juga bau daripada brokoli yang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang, menjadikan mereka kurang selera makan dibuatnya.

Salah satu sebab yang membuatkannya berbau seperti belerang adalah kerana ia tak segar lagi, jadi anda perlu tahu tips masak brokoli supaya selamat digunakan.

Kali ini kami kongsikan tips masak brokoli supaya hilang pahit dan tak berbau, anda boleh cuba di rumah nanti.

TIPS MASAK BROKOLI SUPAYA HILANG PAHIT

masak brokoli

Buat pengetahuan anda, campuran air dan garam boleh bebaskan asid pahit daripada sel tumbuhan dalam brokoli. Oleh itu, anda perlu rebus terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Cara rebus brokoli

1. Potong brokoli separuh, kemudian potong setiap separuh jadi kepingan kecil.

2. Didihkan air garam dalam periuk, kemudian masukkan brokoli dan rendam selama 2 minit.

3. Toskan brokoli dan ketepikan dahulu, kemudian tambahkan air ke dalam periuk.

4. Kukus brokoli sehingga lembut kemudian tapis. Siap untuk digunakan!

Anda boleh juga cuba cara lain untuk neutralkan rasa pahit brokoli adalah dengan campurkan brokoli bersama garam dan jeruk.

Itulah antara tips masak brokoli yang perlu anda tahu sebelum menggunakannya. Selepas ini, bolehlah masak brokoli yang sedap di rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: KOMPAS.com

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Goreng Bendi Supaya Tak Berlendir, Serius Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN