Siapa yang biasa masak popiah tahu lah betapa susahnya nak gulung kulit popiah kerana kulitnya sangat lembut dan juga cepat kering, lagi-lagi kalau nak buat popiah mini. Lagi kecil kulit popiah itu lagi rumit semasa nak menggulungkannya.

Tetapi jangan risau korang boleh cuba tips mudah dan cepat untuk menggulung kulit popiah mini.

1. Potong kulit popiah kepada beberapa bahagian.

Untuk menggulung kulit popiah mini, korang perlu beli kulit popiah yang bersaiz besar dan potong kulit tersebut kepada 8 bahagian.

2. Lipat dan gulung kulit popiah

Selepas dipotong menjadi 8 bahagian, kulit popiah tersebut akan menjadi segi tiga, jadi anda perlu lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu menggulungnya dari bahagian bawah sehingga atas.

3. Lekat menggunakan air

Setelah selesai menggulung sehingga bahagian atas, bucu yang hujung sekali itu korang perlu meletakkan air supaya kulit popiah itu melekat dan bercantum untuk mengelakkan kulit popiah tersebut daripada terbuka.

 

Sumber: Eida Qishh NJ

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN