cara masak tomyam campur

Setiap kali waktu hujan, mesti teringin makan hidangan berkuah supaya badan terasa hangat dan segar. Oleh itu, kami nak kongsikan cara masak Tomyam Campur yang pekat dan likat.

Cara masak Tomyam Campur ini dikongsikan oleh ummiha78 di TikTok dengan langkah demi langkah yang cukup mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Tomyam, Sekali Hirup Kuahnya Boleh Kecur Air Liur

CARA MASAK TOMYAM CAMPUR

cara masak tomyam campur

Bahan-bahan:

  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Halia (tak nak letak pun boleh)
  • Bawang putih
  • Limau nipis
  • Serai
  • Tomato
  • Cili kecil
  • Pes tomyam
  • Lengkuas
  • Daun ketumbar
  • Daun limau purut
  • Akar ketumbar
  • Asam limau nipis
  • Sedikit susu cair (tambahan)
  • Gula
  • Garam

Bahan-bahan lauk:

Bahan-bahan sayur:

  • Lobak merah
  • Kubis bunga
  • Kubis

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih dan tomato. Jika tak nak kisar, nak hiris atau tumbuk pun boleh. Apabila kisar bahan inilah yang membuat kuah jadi pekat sedap.

2. Kemudian, masak air secukupnya bersama bawang besar, serai, lengkuas, halia dan akar ketumbar ke dalam periuk.

3. Selepas itu, masukkan bahan kisar tadi dan tunggu mendidih sebentar.

4. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam dan pes tomyam, kemudian tunggu ayam empuk sebentar.

5. Masukkan sayur yang keras terlebih dahulu seperti lobak merah, kubis bunga dan cili, kemudian biarkan sayur empuk sebentar.

cara masak tomyam campur

6. Setelah itu, masukkan daun limau purut, kubis dan tomato.

7. Masukkan sotong dan udang, kemudian masak sekejap saja sebab lauk ini cepat masak. Jika masak lama, nanti sotong jadi liat sebab itulah kena masukkan akhir sekali.

8. Seterusnya, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

9. Masukkan asam limau nipis sebagai penyedap rasa masam-masam dalam kuah.

10. Akhir sekali, masukkan sedikit susu cair sebagai penyedap kuah jadi pekat dan rasa berlemak. Jika tiada pun tak mengapa. Siap untuk dihidang!

Setelah menggunakan cara masak Tomyam Campur ini, anda akan dapat hasil kuah yang sangat pekat, berlemak dan cukup rasa seperti makan di restoran Thai.

Selamat mencuba!

Sumber: ummiha78

Baca juga: Tom Yam Telur Mata, Menu Ringkas Dengan 3 Langkah Ini Wajib Dicuba!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN