Categories: Tips & Petua

Baru Tahu! Cara Masak Kari Supaya Pecah Minyak Cantik & Aroma Rempah Menusuk Hidung

Masak kari nampak mudah, tapi kalau tak kena cara, kuah boleh kurang sedap atau tak pecah minyak. Ikuti tips kari sedap ini supaya kari anda lebih harum, berperisa dan warna kuahnya menarik.

Tak kira sama ada nak masak kari ayam, kari daging atau kari ikan, rahsia utama adalah pada cara tumis rempah, pemilihan santan dan beberapa bahan lain. Semua langkah kecil ini sebenarnya beri perbezaan besar pada rasa akhir.

Jangan risau, dengan beberapa tip dan petua mudah ini, anda boleh memasak kari yang bukan sahaja enak, malah aroma rempahnya menusuk hidung!

Baca juga: Tip Kurangkan Pahit Peria Dengan 1 Bahan, Cuba Petua Ini Confirm Berkesan!

PETUA DAN TIPS KARI SEDAP

1. Tumis rempah sehingga “pecah minyak”

Ini syarat nombor satu yang wajib buat. Bila minyak naik di atas permukaan rempah, itu tanda rempah dah masak sempurna. Kalau tak cukup masak, kari boleh rasa ‘tepung’ dan kurang wangi.

2. Guna bawang, halia dan bawang putih kisar

Kisar semua bahan ini sehingga halus sebelum ditumis. Kuah akan jadi lebih licin dan sedap. Untuk aroma lebih padu, boleh tambah sedikit tomato kisar.

3. Masukkan serbuk kari dua kali

Masukkan sedikit semasa menumis. Letak sedikit lagi di tengah proses memasak. Cara ini akan hasilkan aroma yang lebih mewah, bukan sekadar satu rasa sahaja.

4. Campur sedikit serbuk cili

Selain memberi warna merah yang cantik, serbuk cili juga menambahkan rasa pedas. Tapi jangan terlebih nanti kuah boleh jadi pahit.

5. Pilih santan atau susu ikut jenis kari

  • Nak kari mamak → guna susu cair
  • Nak kari kampung → guna santan pekat
  • Nak kari ala India → tambah sedikit yogurt

Pilihan bahan ini akan menyesuaikan rasa dan tekstur kuah kari.

6. Wajib letak air asam jawa

Asam keping atau air asam jawa membantu seimbangkan rasa lemak dalam kari dan menaikkan aroma.

7. Masukkan garam pada hujung masakan

Kalau garam dimasukkan terlalu awal, kari mudah “mati rasa”. Tambahkan garam hanya selepas kuah hampir masak.

8. Masak perlahan-lahan

Gunakan api perlahan untuk ‘slow cook’ supaya rempah sebati dan kuah menjadi pekat secara semula jadi.

9. Daun kari penting!

Letak semasa menumis dan sedikit lagi ketika hujung memasak. Daun kari yang segar akan beri bau kari asli yang lebih harum.

10. Akhir sekali, tambah sedikit minyak

Kalau nak kuah nampak seperti di kedai, tambah sedikit minyak di akhir masakan. Minyak ini akan naik di atas kuah dan menjadi rupa kari lebih menarik.

Sumber: TikTok

Baca juga: Petua Cuci Siput Sedut Hingga Bersih, Keluar Semua Lumpur & Tak Berlendir Lagi

Wan N

Recent Posts

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…

10 hours ago

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

11 hours ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

11 hours ago

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…

11 hours ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

14 hours ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

16 hours ago