
Sedang mencari cara bersihkan siput sedut supaya bersih, bebas lendir dan keluar semua lumpur? Petua mudah dan ringkas ini memang boleh membantu kerja anda di dapur jadi lebih cepat.
Dengan beberapa langkah mudah, proses mencuci siput yang biasanya renyah boleh dilakukan dengan cepat. Hasilnya bukan sahaja siput bersih, malah masakan anda juga nampak lebih cantik dan menyelerakan.
Baca juga: 7 Petua Kurangkan Pedas Masakan Yang Terlalu ‘Menyengat’, Tip No. 3 Paling Menjadi!
CARA BERSIHKAN SIPUT SEDUT DENGAN BERKESAN

Langkah-langkah mencuci siput sedut:
1. Rendam siput sedut semalaman dalam air yang dicampur dengan taburan garam. Keesokan paginya, lumpur dan kotoran akan keluar dengan sendiri.

2. Toskan air rendaman, kemudian lumurkan siput dengan hampas kelapa dan gaul seketika. Cara ini membantu menanggalkan lendir dan sisa kotoran yang masih melekat.

3. Potong bahagian belakang siput menggunakan pemotong dawai atau cutter. Kaedah ini lebih cepat dan mengelakkan siput terpelanting jauh.
4. Didihkan air, kemudian tutup api. Masukkan siput dan gaul sekejap sahaja.
5. Tapis siput dan buang air rendaman tadi supaya siput betul-betul bersih dan tidak berlendir.

6. Siput sedut kini siap untuk digunakan memasak apa saja lauk kegemaran anda.
Dengan cara ini, siput sedut bukan sahaja bersih dan tidak berlendir, malah menjadikan kuah masakan lebih cantik dan menyelerakan.
Sumber: Wahidah Latif
Baca juga: Cara Cuci Blender Yang Busuk, Sekali Bilas Terus Hilang Segala Bau!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














