Categories: Tips & Petua

Tips Halau Lalat Guna Serai, Tak Sangka Boleh Buat Semua ‘Cabut Lari’ Dari Rumah

Tips halau lalat menggunakan serai menjadi perhatian ramai selepas seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman menariknya di laman sosial.

Menurut wanita tersebut, dia mula menyedari rumahnya semakin kurang lalat selepas beberapa batang serai lebihan masakan rendang dibiarkan kering di dapur selepas musim raya.

Pada awalnya, serai itu hanya dibiarkan begitu sahaja kerana tidak tahu mahu digunakan untuk masakan apa lagi. Namun selepas beberapa hari, suaminya mula perasan sesuatu yang pelik.

“Rumah  dah tak ada lalat sejak bau serai dekat dapur ini,” kongsinya. Barulah mereka sedar kemungkinan bau serai yang berada di dapur itu menjadi punca lalat semakin berkurangan.

Baca juga: Hanya Perlu Tengok ‘Bahagian Ini’, Rupanya Mudah Sangat Nak Pilih Buah Oren Manis & Berjus!

TIPS HALAU LALAT GUNA SERAI

Serai sememangnya terkenal dengan aroma yang kuat dan segar. Disebabkan itu, ramai percaya bau semula jadi daripada serai boleh membantu menghalau serangga termasuk lalat.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai kerana caranya sangat mudah dan tidak memerlukan penggunaan bahan kimia.

Malah wanita itu turut berkongsi bahawa selepas menyedari keberkesanan serai tersebut, dia terus membeli serai tambahan untuk dijadikan hiasan semula jadi di atas meja makan.

Selain membantu mengurangkan lalat di dapur dan kawasan dalam rumah yang lain, ia juga membuatkan ruang dapur kelihatan lebih cantik, segar dan bersih.

Bagi yang ingin mencuba petua ini, caranya sangat mudah:

  • Gunakan serai lebihan masakan
  • Biarkan sedikit kering
  • Letakkan di dapur atau atas meja makan
  • Boleh juga disimpan dalam bekas hiasan kecil

Walaupun nampak ringkas, ramai sebenarnya lebih gemar menggunakan petua semula jadi seperti ini kerana lebih selamat dan mesra alam.

Kalau di rumah anda pun sering ada masalah lalat, mungkin boleh cuba tips mudah ini. Mana tahu memang menjadi seperti yang dikongsikan oleh wanita ini.

Sumber: Thread @zurina_dzul

Baca juga: Periuk Nasi Berkulat Jangan Cuci Biasa, Buat Petua ‘Orang Lama’ Ini Supaya Tak Cepat Basi!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago