
Kalau bercakap tentang cara pilih oren manis, ramai sebenarnya masih bergantung pada nasib bila beli buah di pasar raya atau pasar malam. Kadang-kadang nampak elok dari luar, tapi bila sampai rumah, rasa masam atau isi tak berjus memang boleh buat kecewa.
Sebenarnya ada satu tips mudah yang ramai orang guna untuk pilih oren yang lebih manis dan berjus. Tak perlu tekan-tekan buah atau agak-agak lagi. Cuma tengok pada bahagian atas oren saja! Tak sangka boleh jadi petunjuk sama ada buah itu betul-betul manis atau tidak.
Baca juga: Rahsia Rebus Jagung Tanpa Kulit Tapi Kekal Manis & Rangup, Rupanya Ini Caranya!
Cara Pilih Oren Manis & Berjus

Kalau nak cari oren yang manis, cuba perhatikan bahagian atas buah oren tersebut. Pilih oren yang mempunyai bulatan besar pada bahagian atas buah. Kebiasaannya, oren jenis ini mempunyai isi yang lebih manis, lebih berjus dan sedap dimakan.
Menurut petua orang lama dan pengalaman ramai pembeli buah, bentuk pada bahagian atas oren berkait dengan tahap kematangan dan kandungan air dalam buah tersebut. alau bahagian atasnya kecil atau terlalu rata, ada kemungkinan rasa buah lebih masam atau kurang berjus.
Walaupun bukan 100% tepat untuk semua jenis oren, tips ini memang membantu terutama ketika membeli dalam kuantiti banyak. Tambah pula sekarang harga buah agak mahal, mestilah kita nak pilih yang puas hati dan sedap dimakan seisi keluarga.
Tip Tambahan
Selain tengok bahagian atas buah, anda juga boleh cuba beberapa tips ini:
- Pilih Oren Yang Berat- Oren yang terasa lebih berat biasanya mengandungi lebih banyak air dan lebih berjus.
- Kulit Tidak Terlalu Tebal- Kulit yang sederhana nipis selalunya menandakan isi lebih penuh dan manis.
- Warna Oren Sekata- Pilih buah yang warnanya cantik dan sekata tanpa tompok lembik atau kesan rosak.
- Elak Buah Terlalu Keras- Oren yang terlalu keras kadang-kadang belum cukup masak dan rasa lebih masam.
Selepas ini bolehlah cuba tips mudah ini bila beli oren dekat pasar malam atau pasar raya. Dijamin dah tak tersalah pilih buah masam lagi!
Sumber: Thread @nurzahidah91
Baca juga: Cara Kenal Pasti Harumanis Yang Sudah Masak, Baru Puas Makan Yang Manis & Berjus!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














