
Tips halau lalat menggunakan serai menjadi perhatian ramai selepas seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman menariknya di laman sosial.
Menurut wanita tersebut, dia mula menyedari rumahnya semakin kurang lalat selepas beberapa batang serai lebihan masakan rendang dibiarkan kering di dapur selepas musim raya.
Pada awalnya, serai itu hanya dibiarkan begitu sahaja kerana tidak tahu mahu digunakan untuk masakan apa lagi. Namun selepas beberapa hari, suaminya mula perasan sesuatu yang pelik.
“Rumah dah tak ada lalat sejak bau serai dekat dapur ini,” kongsinya. Barulah mereka sedar kemungkinan bau serai yang berada di dapur itu menjadi punca lalat semakin berkurangan.
Baca juga: Hanya Perlu Tengok ‘Bahagian Ini’, Rupanya Mudah Sangat Nak Pilih Buah Oren Manis & Berjus!
TIPS HALAU LALAT GUNA SERAI

Serai sememangnya terkenal dengan aroma yang kuat dan segar. Disebabkan itu, ramai percaya bau semula jadi daripada serai boleh membantu menghalau serangga termasuk lalat.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai kerana caranya sangat mudah dan tidak memerlukan penggunaan bahan kimia.
Malah wanita itu turut berkongsi bahawa selepas menyedari keberkesanan serai tersebut, dia terus membeli serai tambahan untuk dijadikan hiasan semula jadi di atas meja makan.
Selain membantu mengurangkan lalat di dapur dan kawasan dalam rumah yang lain, ia juga membuatkan ruang dapur kelihatan lebih cantik, segar dan bersih.
Bagi yang ingin mencuba petua ini, caranya sangat mudah:
- Gunakan serai lebihan masakan
- Biarkan sedikit kering
- Letakkan di dapur atau atas meja makan
- Boleh juga disimpan dalam bekas hiasan kecil
Walaupun nampak ringkas, ramai sebenarnya lebih gemar menggunakan petua semula jadi seperti ini kerana lebih selamat dan mesra alam.
Kalau di rumah anda pun sering ada masalah lalat, mungkin boleh cuba tips mudah ini. Mana tahu memang menjadi seperti yang dikongsikan oleh wanita ini.
Sumber: Thread @zurina_dzul
Baca juga: Periuk Nasi Berkulat Jangan Cuci Biasa, Buat Petua ‘Orang Lama’ Ini Supaya Tak Cepat Basi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














