kulat putih

Kulat putih sering muncul dalam kabinet dapur terutama bila ruang lembap atau kurang pengudaraan. Nampak kecil tapi boleh cepat merebak, tinggalkan bau hapak dan merosakkan barang dalam kabinet.

Jangan risau, masalah ini boleh diselesaikan dengan cara mudah menggunakan bahan dapur yang ada di rumah. Cuka putih, baking soda dan arang boleh bantu hilangkan kulat putih serta elak ia datang semula.

Selain itu, memastikan kabinet sentiasa kering dan udara masuk dengan baik juga antara langkah penting. Bila amalkan tip ini, kabinet bukan saja bersih, malah tahan lama dan bebas bau hapak.

Baca juga: Cara Halau Semut Di Dapur Guna Bahan Semula Jadi, Tak Perlu Pakai Spray Racun!

PETUA HILANGKAN KULAT PUTIH DALAM KABINET DAPUR

kulat putih

Sumber gambar: Facebook

1. Lap Dengan Cuka Putih

Cuka putih berfungsi sebagai bahan semula jadi untuk membunuh kulat dan bakteria.

Cara-caranya:

  1. Campurkan 1 bahagian cuka putih + 1 bahagian air suam dalam botol spray.
  2. Sembur pada bahagian kabinet yang berkulat dan biar 10-15 minit.
  3. Lap bersih dengan kain lembap dan keringkan sepenuhnya dengan kain kering.

Tip: Pastikan ruang kabinet dibuka supaya udara dapat keluar masuk dan cepat kering.

2. Gunakan Baking Soda

Baking soda bukan saja penyerap bau, tapi juga boleh bantu hapuskan kesan kulat yang degil.

Cara-caranya:

  1. Taburkan sedikit baking soda di kawasan berkulat.
  2. Biarkan beberapa jam supaya serbuk menyerap lembapan.
  3. Lap bersih dan pastikan kawasan tu betul-betul kering.

Kalau nak lebih berkesan, boleh gabungkan cuka putih dan baking soda. Tapi berhati-hati sebab akan berbuih bila bercampur.

3. Letak Arang atau Silica Gel Dalam Kabinet

Lepas bersihkan kabinet, penting untuk kawal kelembapan supaya kulat tak tumbuh balik.

Cara-caranya:

  1. Letakkan arang atau silica gel dalam bekas kecil dan simpan di dalam kabinet.
  2. Tukar setiap 2–3 minggu untuk kesan optimum.

Arang sangat bagus menyerap lembapan dan bau hapak, manakala silica gel bantu pastikan ruang kekal kering.

4. Pastikan Kabinet Sentiasa Kering

Sebelum tutup pintu kabinet, pastikan semua permukaan dah betul-betul kering. Kalau boleh, buka pintu kabinet seminggu sekali untuk bagi udara keluar masuk. Ini cara paling mudah untuk elak kulat tumbuh semula.

Kulat putih dalam kabinet memang boleh jadi masalah besar kalau tak ditangani awal. Tapi dengan petua mudah ni, dapur bukan saja nampak lebih bersih, malah bebas bau hapak. Paling penting, tak perlu pun guna bahan mahal. Cukup guna barang dapur yang memang dah ada di rumah.

Sumber: ruma_mrsnisa

Baca juga: Petua Elak Lipas Bersarang Dalam Kabinet Dapur, Cara Semula Jadi Tanpa Guna Racun!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN