
Sesiapa yang suka masak kuetiau semestinya nakkan hasil terbaik. Jika begitu, kami nak kongsikan beberapa tips goreng kuetiau supaya hasilnya cantik berderai seperti dibuat di kedai.
Apabila masak sendiri di rumah, kadangkala kuetiau goreng jadi lembik dan melekat antara satu sama lain. Sebenarnya, ada cara mudah untuk mengelakkan masalah ini daripada terjadi.
Nurul Norhayati telah kongsikan tips goreng kuetiau yang dipelajari daripada mereka yang berpengalaman di Facebook. Selepas cuba sendiri, hasilnya nampak lebih menyelerakan.
Baca juga: Kuetiau Keras Kejung Daripada Peti Sejuk, Guna Cara Ini Confirm Licin & Tak Melekat Bila Goreng!
TIPS GORENG KUETIAU

1. Sebelum basuh, leraikan kuetiau terlebih dahulu.
2. Selepas basuh, tos kering dan gaul dengan sedikit kicap serta minyak.
3. Kena agak-agak minyak untuk masak, jangan terlalu sedikit.
4. Sebaiknya telur dan bahan-bahan lain digoreng asing daripada kuetiau.
5. Pastikan untuk guna api yang besar dan gaul secara perlahan.
6. Sebelum masukkan kuetiau, tunggu rencah kering. Jika letak air sedikit sekalipun, biar rencah kering terlebih dahulu.
7. Elakkan untuk menyimpan kuetiau dalam peti sejuk, tips ini sesuai jika beli malam ini untuk goreng esok pagi.
8. Pastikan rencah cukup banyak dan kering supaya rasa kuetiau lebih sedap dan seimbang.

Dengan cara ini, kuetiau yang digoreng akan nampak lebih cantik, berderai dan tak melekat. Tambahan pula, tipsnya sangat mudah dibuat tanpa memerlukan bahan istimewa.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Nurul Norhayati
Baca juga: Tips Goreng Bihun Supaya Tak Lembik, Hasil Pun Menjadi Tanpa Rasa Kejung!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














