resepi air asam kicap

Teringin nak makan ikan bakar, jangan lupa sediakan pencicahnya supaya rasa lebih padu. Apa kata cuba resepi Air Asam Kicap, pasti hasilnya memuaskan dan buat selera terangkat.

Gabungan rasa masam, pedas dan masin dalam Air Asam Kicap membuatkan ikan bakar lebih sedap daripada biasa. Selain ikan bakar, ia juga sedap dimakan dengan makanan laut.

Kami tertarik dengan perkongsian Aida Akashahfitri di Facebook tentang Air Asam Kicap yang dibuatnya. Lihat gambar saja, boleh buat perut kenyang jadi lapar semula. Jom kita cuba!

Baca juga: Air Asam Daging, Lauk Tunggu Gaji Ini Buat Orang Terliur Hirup Kuahnya

RESEPI AIR ASAM KICAP

resepi air asam kicap

Bahan-bahan:

  • Cili besar merah
  • Cili kecil
  • Bawang besar
  • Tomato
  • Limau kasturi atau limau nipis
  • Kicap
  • Sambal belacan

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, potong cili, bawang besar dan tomato.
  2. Kemudian, letak 1 atau 2 sudu sambal belacan (ikut tahan kepedasan masing-masing).
  3. Selepas itu, perah limau kasturi atau limau nipis.
  4. Akhir sekali, masukkan kicap.

resepi air asam kicap

Selepas ini jika buat ikan bakar atau lauk panggang, jangan lupa sediakan Air Asam Kicap sekali. Rasa pedas, masam dan manisnya memang seimbang, cukup untuk seisi keluarga.

Resepi Air Asam Kicap mudah disediakan dan hasilnya boleh buat orang ketagih nak buat lagi. Jadi, jangan lupa kongsikan cara membuatnya kepada keluarga dan kawan-kawan nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Aida Akashahfitri

Baca juga: Cara Buat Sambal Kicap ‘Power’ Menyengat, Makan Dengan Apa-Apa Pun Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN