Donat adalah salah satu kuih yang digemari ramai, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Nak donat gebu dan lembut seharian, anda perlu amalkan beberapa tips semasa membuatnya.
Rasanya yang manis, teksturnya yang empuk dan bentuknya yang menarik menjadikan donat antara pilihan utama untuk sarapan atau minum petang. Tapi, tak semua orang berjaya menghasilkan donat gebu dan lembut.
Kali ini, kami kongsikan beberapa tips penting untuk membantu anda menghasilkan donat gebu dan lembut yang sempurna dimakan. Jom kita tengok tipsnya!
Baca juga: Tips Kek Marble Gebu & Tak Mendap, Guna Teknik Ini Hasil Terus Naik Cantik
1. Guna 1 paket yis mauripan 11g cukup untuk 4 cawan tepung gandum (lebih kurang dalam ½kg) boleh dapat lebih 30 biji donat besar. Jika nak buat sedikit dan kecil, boleh kurangkan yis dan tepung mengikut kesukaan.
2. Paling penting, pastikan yis aktif atau hidup. Nak buat yis aktif, bancuh 1 cawan air suam, 1 sudu gula dan 3 sudu susu pekat. Dalam 10 minit, yis sudah nampak naik buih. Penyebab yis mati atau tak naik, air terlalu panas atau terlalu sejuk. Jangan letak garam waktu ini, tapi letak garam semasa uli saja.
3. Boleh uli yis tadi dengan tepung yang telah digaul bersama 2 sudu marjerin, 1 sudu serbuk penaik dan secubit garam. Uli sampai rasa doh tak melekat atau melekit pada tangan. Doh itu akan rasa lembut, bukan lembik.
4. Tutup bekas doh itu dan biar ia rehat dahulu sampai gemuk dalam 30 hingga 40 minit. Nak donat gebu, wajib buat cara ini.
5. Setelah doh sudah gemuk, tumbuk manja untuk buang angin. Uli dan boleh terus tekap atau bulat-bulat guna tangan, cawan atau penutup botol mengikut kesukaan, paling penting ada rupa donat.
6. Setelah siap, biar donat rehat dalam 30 minit atau sampai nampak ia gemuk, sudah boleh goreng. Nak gebu, kena guna kaedah bagi ia rehat dahulu. Tapi jangan terlebih gemuk atau biar lama sangat, nanti donat lembik dan leper semasa angkat masuk je kuali.
7. Tak nak donat melekat semasa letak donat, tabur tepung atau minyak. Jangan terlebih marjerin, nanti donat jadi bantat.
8. Goreng donat dengan minyak panas, tapi api perlahan. Jangan panaskan minyak mengejut, nanti bahagian dalam donat jadi tak masak walaupun luar sudah nampak garing.
9. Jika minyak tak panas, donat akan serap minyak. Oleh itu, pastikan ia betul-betul panas dan guna minyak yang banyak untuk menggoreng donat.
10. Donat naik ikut suhu juga. Jika siang dengan cuaca panas, lebih cepat ia naik, mungkin tak sampai 30 minit sekalipun. Jika malam, lambat sikit ia nak gemuk nanti.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Amaleena Rose
Baca juga: Tips Goreng Popia Carbonara Supaya Tak Pecah, Confirm Inti Tak Meletup!
Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…
Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…
Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…
Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…
Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…
Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…