tips goreng popia carbonara

Siapa yang tak kecewa apabila penat lelah buat popia carbonara tapi terburai pula hasilnya. Gunakan saja tips goreng popia carbonara ini, pasti tak pecah lagi nanti.

Popia carbonara ialah popia yang diisi dengan inti berasaskan sos carbonara, sejenis sos krim berkeju yang biasanya digunakan dalam hidangan pasta.

Gabungan makanan tradisional iaitu popia bersama makanan Itali iaitu carbonara membuatkan ramai tertarik. Jadi, tak hairanlah kuih goreng ini sampai viral di media sosial.

Salah satu masalah yang sering terjadi ketika membuat popia carbonara ini adalah kulit popia jadi mudah pecah dan intinya juga mudah meletup ketika menggoreng.

Oleh itu, kami cadangkan anda cuba tips goreng popia carbonara yang dikongsikan melalui video di TikTok oleh mas.dari.dapur ini. Jom kita tengok tipsnya!

Baca juga: Tips Bendi Tak Berlendir Selepas Masak, Rahsia Dapur Ini Tak Ramai Tahu!

TIPS GORENG POPIA CARBONARA

tips goreng popia carbonara

1. Kena masak inti carbonara itu sedikit kering atau pekat. Jika cair, kulit popia jadi lebih mudah pecah. Pastikan tunggu inti betul-betul sejuk, baru boleh goreng.

2. Jangan letak inti terlalu banyak. Jika banyak, ia boleh membuatkan inti carbonara itu terburai semasa goreng popia.

3. Paling penting, kena gulung dengan kemas. Tak mengapa jika saiz popia kecil dan pendek, asalkan inti tak terkeluar semasa goreng nanti.

4. Ramai guna air saja untuk lekatkan kulit popia selepas gulung. Nak selamat, lebih baik gam hujung gulungan dengan air bancuhan tepung gandum. Tunggu gam kering, baru boleh goreng.

tips goreng popia carbonara

5. Setelah itu, panaskan minyak dengan api kecil. Apabila minyak sudah panas, baru boleh masukkan popia.

6. Akhir sekali, jangan selalu terbalik-balikkan popia. Kena tunggu bahagian bawah popia nampak perang, baru terbalikkan dan goreng sampai popia masak dengan sempurna.

Jangan kecewa setelah gagal sekali kerana pasti ada cara untuk selesaikannya. Jadi, tips goreng popia carbonara ini memang berguna untuk anda praktikkan di rumah.

Semoga bermanfaat!

Sumber: mas.dari.dapur

Baca juga: 5 Tips Goreng Ayam Tak Melekat Pada Kuali, Rupanya Ada Petua Kena Ikut

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN