Mesti ada peminat tegar petai, kan? Sama ada dijadikan lauk ataupun makan begitu sahaja sebagai ulam. Bagi anda yang gemar beli petai dalam kuantiti banyak, mesti perlukan tip simpan petai supaya tahan lama.
Jika membeli petai pada luar musimnya, pasti harga akan melonjak naik. Justeru itu, lebih baik anda membeli dalam kuantiti banyak pada harga yang murah dan jadikan stok.
Baca juga: Cara Hilangkan Mulut Busuk Bau Petai, Barulah Jodoh Tak Lari!
TIP SIMPAN PETAI SUPAYA TAHAN LAMA
1. Simpan petai dalam bekas air.Cara macam ini boleh kekalkan rasa segar dan rangup petai. Caranya seperti di bawah:
- Kupas petai terlebih dahulu atau membiarkannya bersama kulit.
- Jika petai dibiarkan bersama kulit, potong kecil mengikut bahagian ‘mata’ petai.
- Petai yang telah dikopek atau dipotong kecil perlu dibersihkan bagi mengelakkan kerosakan.
- Masukkan petai ke dalam balang kaca atau botol plastik yang bersih.
- Isikan air sehingga menutupi keseluruhan petai.
- Simpan botol atau balang tersebut dalam peti sejuk di bahagian bawah.
- Tukar air dalam botol petai sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengelakkan air menjadi busuk dan merosakkan petai yang disimpan.
2. Bilas dengan air panas.Kaedah ini juga boleh dipraktikkan agar tahan lama. Caranya seperti berikut:
- Masak air sehingga mendidih.
- Kopek biji petai daripada kulitnya dan basuh hingga bersih.
- Tuangkan air panas ke dalam mangkuk petai yang telah kupas.
- Kacau petai selama 3 hingga 5 minit dengan berhati-hati kerana menggunakan air panas.
- Toskan petai tersebut.
- Dalam bekas lain, sediakan ais batu dan air sejuk.
- Masukkan petai yang telah ditoskan ke dalam air ais.
- Kacau dengan sudu selama 2 minit, kemudian toskan petai.
- Lap petai dengan tisu dapur hingga benar-benar kering.
- Masukkan petai yang telah kering ke dalam beg plastik atau bekas kedap udara.
- Simpan bekas petai dalam bahagian sejuk beku peti ais. Ia boleh tahan sehingga satu tahun.
3. Bekukan dalam peti sejuk.
Kredit gambar: Norbaizura SaNi
Cara ini boleh kekalkan kesegaran ulam ini. Lihat cara penyimpanan di bawah ini:
- Kupas kulit petai dan buang selaput yang menempel pada buah petai.
- Sediakan air garam dan rendamkan dalam air tersebut selama 10 hingga 15 minit.
- Bilas dengan air bersih dan toskan.
- Masukkan ke dalam bekas kecil dan bekukan tanpa memasukkan air ke dalam bekas.
- Sebelum dimasak, rendam petai dalam air biasa untuk menyahbekukannya.
Sumber: Hello Doktor
Baca juga: Resipi Roti Bakar Kaya Butter Ala Kopitiam, Hanya Guna 3 Bahan Tapi Rasa Mewah!