Categories: Resipi

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan Padang Kota. Hidangan ini ringkas tetapi sangat memikat, sesuai untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza.

Ada beberapa cara untuk pastikan rasa laksa ini lebih sedap iaitu pastikan laksa tidak terlebih masak semasa proses memasak supaya teksturnya kekal kenyal dan sedap. Selain itu, untuk rasa pedas yang lebih menyerlah, tambahkan cili padi yang dihiris halus ke dalam tumisan.

Jom baca resipi lengkap ini!

Baca lagi: Resipi Rebung Tumis Cili Padi, Menu Legend Atok Nenek Zaman Dulu

RESIPI LAKSA GORENG PENANG

Bahan-Bahan Laksa Goreng Penang:

  • Laksa pendek: 1 paket.
  • Bawang putih: 3 ulas (dicincang halus).
  • Tauhu: 1 ketul (dipotong dadu dan digoreng).
  • Cili kisar: 1 sudu besar.
  • Telur ayam: 3 biji.
  • Kicap pekat karamel: 3 sudu besar.
  • Kicap cair: 2 sudu besar.
  • Kicap manis: 3 sudu besar.
  • Sos tiram: 2 sudu besar.
  • Gula: 3 sudu besar.
  • Garam: 2 sudu besar.
  • Tauge: 2 mangkuk kecil.
  • Kucai cina: 2 mangkuk kecil.

Cara Memasak Laksa Goreng Penang:

1.  Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih sehingga kekuningan dan berbau harum.

2.  Tambahkan tauhu yang telah digoreng, kacau seketika, dan masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan telur ayam dan kacau sehingga sebati dengan bahan tumisan.

4. Masukkan laksa pendek ke dalam kuali, diikuti dengan kicap pekat karamel, kicap cair, kicap manis, sos tiram, gula, dan garam. Kacau hingga semua bahan bercampur rata.

5. Tambahkan tauge dan kucai, kacau selama kira-kira satu minit sahaja untuk mengekalkan kesegaran sayur.

6. Tutup api dan hidangkan laksa goreng bersama cili jeruk atau cili potong untuk rasa tambahan.

Selamat mencuba laksa goreng yang sedap ini

Sumber: Fienaz Shafie

Baca lagi: Resipi Kuih Peneram 4 Bahan Sahaja, Kena Ikut PETUA Ini

Aisha Qistina

Recent Posts

Resipi Kerang Masak Serai, Bau Tumisan Halia & Bawang Putih Naikkan Selera Makan!

Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…

13 hours ago

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

16 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

17 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

17 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

17 hours ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

18 hours ago