Categories: Tips & Petua

Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa. Sebenarnya, anda perlu tahu cara buang air sotong terlebih dahulu.

Sotong merupakan sejenis makanan laut yang cukup popular. Tak kira Melayu, Cina atau India, boleh dikatakan semua orang menggunakan sotong dalam masakannya.

Biasanya semasa masak sotong, mesti ada lebihan air yang keluar darinya dalam lauk. Buat pengetahuan anda, hal ini boleh membuatkan sotong menjadi kecut selepas memasaknya.

Tapi, air sotong boleh buat lauk menjadi lebih berjus tau. Jika begitu, tak mengapa jika ada air sotong dalam hidangan berkuah seperti tomyam, sup dan paprik.

Namun, berbeza jika nak masak hidangan kering seperti goreng kunyit dan celup tepung. Nak atau tak nak, kenalah juga guna cara buang air sotong yang betul. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Tips Satukan Semula Santan Pecah Semasa Memasak, Masukkan Sehelai Daun Saja!

CARA BUANG AIR SOTONG

1. Mula-mula, gunakan api besar dan panaskan kuali, tapi jangan letak minyak.

2. Selepas itu, masukkan sotong yang sudah disiang dan dibersihkan ke dalam kuali.

3. Kemudian biarkan sebentar dan sotong akan mula mengembang. Tak perlu kacau atau gaul, tapi biarkan saja terlebih dahulu.

4. Lebih kurang dalam 3 minit begitu, kacau atau alih-alihkannya supaya mudah nak bagi sotong masak sekata.

5. Tunggu sehingga sotong bertukar warna sedikit, kemudian boleh angkat dengan senduk dan toskan. Siap!

Anda wajib gunakan cara buang air sotong ini sebelum masak sotong celup tepung. Jika tak dibuang dahulu, tepung boleh jadi tak melekat pada sotong apabila digoreng.

Selain itu, cara ini juga sangat berguna untuk masak sambal sotong supaya tahan lebih lama. Nak makan pun terasa puas kerana sotong tak liat sama sekali.

Sewaktu mula-mula memasak, memang ramai yang tak guna sebarang tips sampaikan masak sotong pun boleh kecut hasilnya. Tapi selepas tahu caranya, pasti anda puas hati nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Shayien Rasid

Baca juga: Cara Hilangkan Pedas Pada Blender, Bau Cili Pun Tak Melekat Lagi!

Aimi

Recent Posts

Baru Hari Pertama Guna Grab, Rembayung ‘Diserbu’! Khairul Aming Pecah Rekod Jualan Makan Tengah Hari Tertinggi

Restoran Rembayung milik usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya merekodkan…

1 hour ago

Sosej Ayam Homemade Untuk Diet & Buat Stok Makanan, Guna Isi Ayam Dan Sayur Saja!

Sedang mencari idea menu diet yang mudah disediakan dan boleh dijadikan stok makanan di rumah?…

1 hour ago

Resipi Araittuvitta Mutton Kuzhambu, Kari Kambing ‘Pure’ Dengan Rempah Sangai Buat Kuah Lebih Harum!

Resipi kari kambing ini menggunakan teknik masakan tradisional India yang dikenali sebagai Araittuvitta Mutton Kuzhambu.…

2 hours ago

Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Buntu memikirkan menu lauk untuk keluarga? Apa kata cuba ayam masak ketumbar yang digabungkan dengan…

3 hours ago

Resipi Sos Thai Homemade, Tekstur Pekat Likat Memang Puas Nak Cicah Dengan Apa Pun!

Resepi sos thai homemade ini boleh disediakan sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati.…

5 hours ago

Cara Buat Scone Homemade Guna Tepung Kek, Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam!

Resepi scone merupakan antara pilihan menarik yang boleh disediakan untuk sarapan pagi atau minum petang.…

5 hours ago