Rupa-rupanya ada petua dan tip masak Terung Berlada tidak berubah warna dan kekal ungu. Masakan Terung Berlada adalah hidangan yang berasaskan sayur terung dan cili yang mudah dimasak. Untuk membuat hidangan ini, anda hanya perlu empat bahan asas dan proses memasaknya tidaklah rumit.
Walaupun begitu, terkadang terung yang digoreng boleh bertukar warna pucat dan menjadi terlalu lembik, membuatnya kurang menarik secara visual.
Baca juga: Pokok Terung Dah Tua? Ini Cara Nak Rawat Bagi Berbuah Dan Subur Balik
Bagi yang ingin mengetahui, terdapat satu cara mudah untuk mengekalkan warna ungu terung yang asli. Mari kita lihat tips yang dikongsi oleh Puan Arieza Rieza di bawah ini.
TIP MASAK TERUNG BERLADA WARNA TAK PUCAT
Bahan A:
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili padi
- Cili besar
Tumbuk bahan A dan anggaran bahan ikut anda suka nak letak banyak mana.
Bahan B:
- Terung ikut saiz – goreng dulu
- Ikan bilis kecil sedikit
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, potong terung ikut saiz bersesuaian dan goreng dalam minyak panas.
2. Apabila dah masak, angkat terung keluar.
3. Minyak lebihan goreng terung tadi, kemudiannya digunakan untuk menggoreng ikan bilis pula.
4. Bila dah garing masukkan bahan ditumbuk.
5. Kemudian masukkan air garam perasa dan gula.
6. Kacau-kacau sekejap, lepas itu masukkan terung.
7. Gaul rata dan dah siap!
Tip warna terung kekal dan tak pucat: Masa menggoreng terung pastikan kulit terung yang warna ungu (purple) ada di atas, biar bahagian bawah sahaja kena minyak.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Arieza Rieza
Baca juga: Terung Bakar Asam Lemak, Resipi ‘Bikin’ Terliur, Cukup Rasa Masam, Pedas Dan Berlemak