jenis bawang

Terdapat banyak jenis bawang yang sering digunakan dalam masakan. Bawang juga merupakan salah satu bahan masakan paling utama yang perlu ada untuk menghasilkan pelbagai menu yang lazat.

Mungkin ada masakan yang tidak perlu menggunakan bawang, namun begitu kebanyakan masakan Melayu memerlukan penggunaan bawang ini.

Oleh itu, mari kita kenali jenis-jenis bawang yang sering digunakan dalam masakan seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: Jenis Sayur Yang ‘Berangin’, Patutlah Perut Kembung & Sakit-Sakit Badan

JENIS BAWANG YANG SERING DIGUNAKAN DALAM MASAKAN

1. Jenis Bawang – Bawang besar kuning (bawang holland)

jenis bawang

Bawang holland boleh dikatakan bawang yang paling banyak digunakan dalam masakan. Ia mempunyai kandungan gula yang tinggi, sekaligus menjadikan rasanya manis semula jadi.

Disebabkan kandungan gulanya yang tinggi, bawang holland ini akan bertukar kepada keperangan dan rangup apabila dimasak.

Ciri-ciri:

  • Berwarna kekuningan
  • Menjadi keperangan apabila dimasak
  • Rasa manis semula jadi
  • Sesuai untuk masakan tumisan, rebus dan sup

2. Bawang merah besar (red onion)

jenis bawang

Fungsi bawang merah besar sama sahaja seperti bawang merah kecil. Jenis bawang ini sering digunakan dalam masakan Melayu.

Bawang ini juga selalunya boleh dimakan begitu sahaja seperti diletakkan dalam salad dan sandwic.

Ciri-ciri:

  • Mempunyai selaput kulit merah seperti ungu
  • Sesuai dijadikan salad seperti campuran dalam burger atau sandwic

3. Bawang merah kecil (shallot)

Bawang merah kecil sering digunakan sebagai bawang goreng untuk hiasan soto, sup atau nasi goreng. Ia mempunyai saiz yang lebih kecil dan berbentuk bujur berbanding bawang merah. Rasanya juga lebih lembut dari bawang merah besar.

Ciri-ciri:

  • Rasa manis dan sedikit pedas
  • Berbentuk bujur dan kecil-kecil

4. Bawang putih

Bawang putih pula merupakan sejenis bawang yang berwarna putih kekuningan dan berbentuk lonjong. Rasanya pula rasa pedas dan sangat berangin, lebih lagi jika dimakan mentah.

Bawang putih ini biasanya sering digunakan dalam masakan China. Tambahan pula, ia juga berfungsi sebagai penambah aroma dalam masakan untuk menjadikan lebih lazat.

Contoh masakan yang sering menggunakan bawang putih adalah nasi goreng, roti bawang, stik, Aglio Olio dan banyak lagi kerana bawang putih memang cukup fleksibel dalam penggunaan dalam masakan.

Ciri-ciri:

  • Berwarna putih kekuningan
  • Berbentuk lonjong
  • Rasa pedas dan berangin

5. Jenis Bawang mutiara

jenis bawang

Bawang mutiara ini berbentuk kecil dan berwarna putih dan selalunya tidak digunakan untuk memasak tetapi selalunya dipanggang untuk dimasak stik atau campuran salad, acar atau direbus.

Agak sukar untuk dapatkan bawang mutiara di Malaysia kerana bawang ini berasal dari Indonesia.

Ciri-ciri:

  • Berbentuk seakan mutiara
  • Mempunyai kulit dan isi berwarna putih

Sumber: Kerepek Bawang Dinda, resepi.me

Baca juga: 2 Jenis Kerang Yang Biasa Dijual Di Pasar, Rupanya Setiap Jenis Berbeza Cara Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN