
Gulai lemak telur itik merupakan antara lauk kampung yang digemari ramai. Rasa kuahnya yang pekat, lemak dan sedikit pedas memang membangkitkan selera.
Namun, satu cabaran utama ketika menyediakan hidangan ini ialah telur itik yang mudah pecah atau hancur semasa dimasak dalam kuah yang mendidih.
Rupanya, ada cara mudah untuk memastikan telur itik kekal elok bentuknya walaupun dimasak lama dalam kuah gulai.
Tip ini bukan sahaja membantu mengekalkan rupa telur yang cantik, malah menjadikan hidangan lebih kemas dan sedap dipandang.
Baca juga: Cara Rebus Telur Puyuh Supaya Senang Kupas, Tak Pecah & Kulit Tanggal Cantik!
TIPS TELUR CANTIK TAK PECAH DALAM KUAH GULAI LEMAK TELUR ITIK

Cara-caranya:
- Didihkan air bersama sedikit cuka dalam kuali.
- Pecahkan telur itik satu per satu ke dalam air yang sedang mendidih.
- Bila telur dah mengeras, angkat perlahan-lahan supaya tidak pecah.
- Masukkan telur yang dah keras tadi ke dalam periuk kuah gulai yang sedang mendidih.
- Biarkan seketika hingga kuah sebati dengan telur, kemudian siap untuk dihidang!
Dengan cara ini, gulai lemak telur itik akan kelihatan lebih menarik. Telur kekal elok, tidak hancur dan kuahnya tetap pekat serta berlemak.
Sumber petua dan gambar: Noralela Harun Lyela
Baca juga: Telur Pecah Sambal 3 Rasa, Menu Bajet Hujung Bulan Tapi Buat Bertambah Nasi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














