telur pecah sambal

Nak dekat hujung bulan dan gaji pun belum masuk lagi. Tak perlu masak lauk mewah, asalkan kenyang sudah memadai. Jadi, boleh cuba buat Telur Pecah Sambal 3 Rasa ini di rumah.

Sambal yang digunakan dalam resipi ini membuatkan lauk Telur Pecah Sambal 3 Rasa jadi lebih istimewa kerana ada rasa pedas, manis dan masam yang seimbang.

Resipi perkongsian Liza Idris di Facebook ini memang sesuai untuk sesiapa yang nak cepat, mudah dan jimat. Walaupun lauk bajet, tapi seronok makan dengan nasi panas. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Telur Tak Pecah Dalam Kuah Masak Lemak, Bulat Gebu Kejadiannya!

RESIPI TELUR PECAH SAMBAL 3 RASA

telur pecah sambal

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji telur ayam
  • 3 sudu cili kering (kisar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • Sedikit daun bawang (jika ada)
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 cawan air

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris halus.

2. Apabila bawang sudah kekuningan dan naik bau, masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

3. Masukkan pula sos tiram, sos cili dan sos tomato, kemudian kacau sebati.

4. Pastikan sambal masak betul-betul sampai pecah minyak untuk rasa yang mantap.

5. Selepas itu, masukkan air dan biarkan sampai kuah sedikit pekat.

6. Seterusnya, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

7. Apabila kuah sudah cukup rasa, pecahkan telur satu demi satu ke dalam sambal.

8. Tabur daun bawang atau daun sup jika ada. Jangan kacau kuat supaya telur tak hancur.

9. Akhir sekali, boleh terbalikkan telur sekejap jika nak masak rata dan tutup api. Siap untuk dihidang!

telur pecah sambal

Jika sudah bosan dengan cara masak telur biasa, bolehlah cuba resipi Telur Pecah Sambal 3 Rasa ini. Sesuai apabila tak sempat nak fikir menu lain atau semasa hujung bulan.

Selamat mencuba!

Sumber: Liza Idris

Baca juga: Telur Mata Masak Kicap, Lauk Tunggu Gaji Paling ‘Legend’, Wajib Cuba Bila Poket Sendu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN