jenis cuka

Cuka bukan sekadar bahan masakan biasa. Walaupun nampak serupa dari luar, sebenarnya setiap jenis cuka ada rasa, bau dan fungsi yang berbeza. Ada yang sesuai untuk jeruk, ada untuk sambal dan ada juga yang digunakan untuk kesihatan atau detoks.

Bagi yang suka memasak atau baru nak belajar, penting untuk kenal jenis-jenis cuka supaya tak tersilap guna. Jom kenali cuka mana yang sesuai untuk kegunaan dapur anda!

Baca juga: 3 Jenis Pokok Kari Di Malaysia, Jangan Main Petik Nanti Masakan Kurang ‘Wangi’!

7 JENIS CUKA YANG WAJIB TAHU DI DAPUR

jenis cuka

1. Cuka Masakan / Cuka Putih (Cuka Sintetik)

Cuka ini paling biasa dijumpai di dapur. Warnanya jernih, murah dan serbaguna. Selalu digunakan dalam sambal, acar, cucur atau untuk bersihkan ayam dan ikan. Tapi, ia bersifat tiruan dan tidak sesuai untuk diminum atau tujuan kesihatan.

Kegunaan: Sambal, jeruk, cucur, membersihkan bahan mentah.

2. Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)

Cuka ini berasal daripada fermentasi jus epal. Rasanya sedikit masam dan tajam. Ia popular sebagai minuman kesihatan, untuk detox, turunkan berat badan dan juga sebagai bahan perapan daging.

Kegunaan: Minuman kesihatan, dressing salad, perapan.

3. Cuka Kurma

Cuka sunnah yang dibuat daripada kurma. Rasanya lebih lembut dan manis berbanding cuka biasa. Sesuai untuk diamalkan sebagai minuman kesihatan atau ditambah dalam masakan berempah.

Kegunaan: Minuman sunnah, lauk berempah, alternatif sihat.

4. Cuka Buah (Contoh: Delima, Anggur, Nanas)

Cuka jenis ini dihasilkan daripada buah-buahan tertentu. Rasanya unik dan baunya agak kuat. Selalunya digunakan untuk salad atau minuman berasaskan kesihatan.

Kegunaan: Salad dressing, minuman kesihatan, marinasi.

5. Cuka Beras (Rice Vinegar)

Cuka ini biasa digunakan dalam masakan Asia seperti sushi, acar Jepun atau sup. Rasanya lebih lembut dan kurang tajam, jadi sesuai untuk masakan yang tak perlukan rasa masam yang kuat.

Kegunaan: Masakan Jepun/Korea/Asia, sushi, sup.

6. Cuka Balsamik (Balsamic Vinegar)

Cuka yang berasal dari Itali ini pekat dan gelap. Rasa masamnya lebih halus, sedikit manis dan sesuai untuk hidangan barat. Selalu digunakan dalam salad, pasta atau pencicah roti.

Kegunaan: Salad, pasta, roti, masakan barat.

7. Cuka Kelapa / Cuka Nira

Cuka yang diperbuat daripada air nira kelapa atau kelapa tua. Rasanya lembut, aromatik dan sesuai digunakan dalam masakan tradisional Melayu.

Kegunaan: Masakan kampung, lauk tradisional, perapan.

Sumber: Healthline

Baca juga: Rugi Kalau Kupas! Ini 5 Jenis Sayur Yang Lebih Baik Dimakan Dengan Kulitnya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN